Monday, April 7, 2014

8 perbezaan menetap di United Kingdom dan Malaysia


6 bulan di United Kingdom, sedikit sebanyak ada beberapa perkara yang aku perasan berbeza dari Malaysia. Ini aku cakap tentang kehidupan general je berdasarkan pengalaman aku di UK, especially di Sheffield. Bukan pasal perbezaan belajar ke apa. Ok, here goes;


1. Pound dan Ringgit
Obviously.. First few months aku datang sini, aku asyik tersasul sebut ringgit dan sen je instead of pound and pence. Sungguh. Contohnya GBP 2.57, automatically akan sebut "dua ringgit, lima puluh tujuh sen".. Otak tak boleh cooperate. LOL. Lama-lama ok daa. Tapi kekadang saja mengada nak sebut ringgit dan sen jugak.. :p


2. Dua pili
Dekat sink atau bath tub kat UK nih, normally memang akan ada 2 pili. Satu untuk air sejuk dan satu lagi untuk air panas. Yang sejuk, sejuk gila! Yang panas, panas gila! Hah, cuba imagine macam mana kekalutan ini. Masa mula-mula datang dulu, sakit jugak laa hati ini dengan benda alah ni. Lagi-lagi masa aku datang hari tu, bulan September, so suhu average dalam 10-15 degree celcius kalau tak silap. 


So, basuh tangan dengan air biasa macam basuh dengan ais, sampai sakit tangan. Basuh muka, kira macam dah tak payah pergi facial dah untuk dia tonyoh benda sejuk tu, basuh dengan air sejuk ni je cukup. -.-' So, my cousin suruh beli paip getah bentuk Y untuk campur air tu. Tak jumpa. Then, someone bagi idea untuk gunakan botol air mineral. Genius jugak. Maka terhasil laa ini.. 


Sink dalam bilik aku


3. Walking 2 kilometers a day is normal
Sepanjang aku dekat Sheffield ni, transport paling kerap digunakan hanyalah.... Kaki. Serius.. Berjalan kaki 2 kilometer pergi balik kelas itu normal. Berjalan kaki hampir 5 kilometer pergi dan balik dari bandar Sheffield itu normal. Secara kesimpulannya, berbanding di Malaysia, kat Sheffield ni aku jalan kaki je ke mana-mana. Pastu, jalan antara rumah aku dan kelas ni berbukit. Masa pergi kelas ok lagi sebab turun bukit, tapi tang balik rumah tu penat weh sebab kena daki bukit.


Cuma kadang-kadang kalau malas, hujan, atau penat, aku naik bas lerr. Dan bila ramai, baru kitorang naik teksi. Kagum? Aku pun kagum dengan diri sendiri.. Kahkahkah.. Kalau kat Malaysia, satu rahmat ada kereta Kancil yang boleh usung aku pergi balik kelas, pergi Mid Valley. Tapi, ehem *clear throat*, kelas aku at most 3 hari je seminggu, selain tu aku terperap dalam rumah je.. Hehe


4. RM 250 untuk sehelai jaket seems... affordable
Nak tengok aku belanja RM 250 untuk SATU item di Malaysia?? Maaf bebanyak. Bagi aku fikir seminggu dulu. Nope. Sebulan! Banyak kot RM 250 tu.. Menangis laa nak spend banyak tu untuk jaket sehelai je. Tapi, kat UK ni, RM 300 tu boleh dikira agak berpatutan laa. Sebab, kalau nak tahu, RM 250 boleh dikira hampir bersamaan GBP 50. Kira ok laa kan, belanja GBP 50 untuk satu item, lebih kurang macam kita belanja RM 50 kat Malaysia.. 



Jaket aku by Miss Selfridge


TAPI.... Yang aku tulis ni hanya applicable sekiranya perbelanjaan korang ditaja.. Hehe. Iye laa, kalau korang datang as a tourist, guna duit simpanan sendiri, harus laa kena berjimat cermat. Setiap kali nak beli sesuatu, memang tak boleh elak untuk convert GBP ke MYR.. Jadi, sama jugak nilainya.. Haha


5. "Thank you, love"
Kalau korang datang UK, tiba-tiba ada someone cakap kat korang, 

"Alright, love." 
"Here you go, love."

Bukan lah bermakna orang tu tengah mengorat korang tau. Mana laa tau kang terperasan orang tu tengah mengorat. Haha.. No. Tu memang budaya diorang kat sini. Lelaki dengan perempuan ke, perempuan dengan perempuan ke, selamba je diorang refer "love" to each other. 


Tapi of course dalam kes yang aku cakapkan kat atas tu je laa.. Kalau memang diorang tengah bercinta, itu lain cerita. Lagi satu, budaya 'thank you' kat UK ni pun memang normal. Or, sometimes diorang gunakan "Cheers" instead of "Thank you". Same thing though.


6. You'll bring less cash and cards.
Sepanjang aku kat sini, aku rasa 2 benda yang paling penting kena bawa sepanjang masa, Student ID card dan Debit Card.. Student ID tuh penting sebab kat sini banyak kelebihan untuk pelajar. Contohnya, untuk dapatkan student's discount di sesetengah kedai, potongan untuk tiket bas, dan of course, untuk masuk library. Hehe.


Item kedua penting ialah debit card. Sebab kat UK ni boleh dikatakan ke mana je korang pergi, sama ada kedai runcit kecil, Sainsbury, coffee shop, etc, mostly korang boleh swipe debit card je untuk bayar. Tak kisah pun berapa harga. Kadang-kadang aku beli barang harga GBP 1.30 pun aku bayar pakai kad debit. Haha. Dan sometimes, tak pelik pun kalau nampak mesin untuk swipe card dalam teksi. Hoho. 


Cuma of course, kad debit tak boleh replace cash 100%. Kena bawak jugak cash sikit untuk bayar taxi fare, tak pun untuk bayar lunch sebab sesetengah restoran tak terima card waktu lunch. Atau pun, ada sesetengah kedai tak terima kad kalau belian kurang daripada certain amount, contoh GBP 5. 


7. Learn to cook.
Aku dah highlight tentang ni dalam post sebelum ni. Please refer to my previous post. Giteww.. :p





8. Volkswagen Passat, Mercedes Benz atau BMW sebagai teksi. 
Gila?! Volkswagen, Mercedes, BMW tu diorang jadikan teksi je kat sini. Dan bukan Merc atau BMW yang model lama zaman tok nenek tu tau. Gila kentang tak. Haha. 



Source: http://www.neilalexander.net/blog/2013/3/19/a-day-in-the-life-of-a-taxi


Ok laa.. Walaupun ada banyak lagi aku nak kongsi sebenarnya tapi cukup laa kot 8 ni je setakat ini.. 
Jumpa lagi di lain entri.. :)

26 comments:

  1. seronok baca entri ni...
    akak memang suka tang "thank you, love."

    salam kenal dr Kak Farrah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kan?

      Terima kasih Kak Farrah. Salam kenal juga :)

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah.. Tapi org cakap, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik negara sendiri. :)

      Delete
  3. Syioknya dpt mengenali budaya org england kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok.. Lagi seronok kalau boleh bawa sesetengah budaya sini balik ke Malaysia.. :)

      Delete
  4. Salam..sy fiza. Sy nk tnya. Awk guna eduloan mara ke? sy sdg tggu keputusan mara tuk smbung master. Sy juga pilih sheffield. Soalan sy, mcm mana suasana pmbelajarannye di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam fiza. yup2, eduloan mara. awak pilih course apa?
      suasana pembelajaran tu depends on school kot. tp generally, lecture mostly baik dan membantu. kalau school saya, setiap assignment ada 2x meeting dgn tutor, dan dia akan bantu with our assignments. lagi pun, tutor saya yg akan cek assignment, bukan lecturer mengajar. tp kawan sy dr school lain, lecturer yg mengajar yg akan mark assignment. so depends.

      Delete
  5. waa...bestnye......msti ckp berhabuk skng....nnt sy pg sne....bwk sy jalan2 k love...hehehe :P

    see u love...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berhabuk sangat laa.. berdebu pun tak.. :p
      anyway, insyaAllah love. LOL

      Delete
  6. salam, saya terjumpa blog awak ni..sebab tgh google suasana belajar di sheffield... saya rasa seronok baca blog awak... bleh x buat entry tentang pembelajaran di sheffield ni? saya berminat nk lanjutkan pelajaran kat sheffield

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. insyaAllah saya akan cuba kalau ada kelapangan..

      terima kasih anyway. :)

      Delete
  7. Assalamualaikum. Saya syasya. Kalau Boleh, saya nak no contact whatsapp awak. Sbb saya ade banyak benda nk tanya pasal sheffield. Penah try smsa sheffield. Tp satu soalan je sampai 2 minggu tunggu dorg balas. Lambat sgt. Kalu sudi, boleh email no tepon kat sya2_93@yahoo.com. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Saya dah emel syasya.

      Delete
  8. waauu.. best tu.. sgt best tgk pengalaman awk kat sana.. saya baru jumpe blog awk hari ni..
    mmg sy suka bc dan tengok pengalaman org belajar jauh di rantauan ni..
    seronok ye taxi kereta mahal2.. mesti sgt selesa.. heee

    im following u.. following me back

    http://hudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki.. tu laa teksi kat sini selain black cab, banyak jugak yang mewah2.. feeling orang kaya jap.. hehe

      Tenkiu huda :)

      Delete
  9. Macam mana kalau saya nak kerja salon hairstylist di sana adakah senang dapat perkerjaan di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, I know my reply might tooooooo late now, but i'm sorry.
      Saya tak pasti senang ke tak, sebab saya tak pernah apply for job kat sana. Tapi u can get help from student centre.

      Delete
  10. Nice story
    I will further my PHD at UK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye, good to hear that! Alaa jelesnya.. Good luck and all the best! :)

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Faseha, Soooooo sorry lambat reply, tak perasan.. But i'll reply anyway :D
      Tahniah tahniah! I'm not sure if u still need my help, but if u do, u can email me here >> esya_lady90@yahoo.com
      :)

      Delete
  12. Assalamualaikum.....saya dah dpt offer sambung my master at Sheffield in software system and internet techology. currently looking for funding...jika ada rezeki, saya sampai la ke bumi UK september ni..

    wanna ask, how's life there? easy tak looking for part time job kat situ?

    Looking forward for your reply. or you can reply to my email syuhadaZack@gmail.com

    See ya...ciao!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... blh email sy no wassap azigma02@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...