Saturday, March 29, 2014

Belajar memasak di United Kingdom

Assalamualaikum.. Hye..


Biasanya aku tengok orang yang belajar di luar negara, ada satu benda yang amazed me. Diorang pandai masak! Serius.. Aku kagum betul.. Mungkin sebab itu salah satu cara untuk diorang survive kot. Mungkin.. Dan amazingly, sejak aku datang UK ni, aku rasa itu salah satu perkara yang aku rasakan ada improvement in myself. Pandai (?) Mampu memasak.. Survival. Haha.. 
  

Sebab kat rumah aku ni, kitorang take turn memasak. Hari ini hari kau, esok hari aku. Macam tu. Ngam-ngam pulak kitorang bertujuh satu rumah. Jadi setiap orang akan memasak at least once a week. Aku? Bukan at least once a week, tapi ONCE a week. Faham tak kat situ? Haha. Turn aku hari Selasa setiap minggu. Setiap hari Selasa jugak, aku berdebar-debar tak senang duduk.. 
  

"Nak masak apa hari ni?" 
"Sup ayam? Tapi minggu lepas dah buat sup ayam."
"Ayam goreng? Too simple."
"Alamak, ayam dah habis laa pulak. Nak masak apa dengan telur ni?"
"Sayur ni nak masak macam mana?"
  

Maka, setiap hari Selasa, aku akan Google resipi.. Beribu resepi yang keluar, tapi aku rasa untuk tahap aku ni, pilih yang mudah-mudah je cukup.. Hekhek.. Kadang-kadang aku tanya Ma juga. Because she knows best. Antara menu yang menjadi pilihan;


Ayam goreng masak kicap.
Ayam madu halia.
Sup ayam.


Nampak tak? Menu pilihan aku. Senang. Mudah. Simple. Hehe.. Kemudian, aku cuba resepi yang 'up' sikit difficulty level (from my point of view lol)..


Ayam phat phet.
Ayam goreng bersos lemon.
Ayam masak tomato.


Sekarang Alhamdulillah dah mampu memasak sendiri.. Bab rasa insyaAllah, "eat-able", dan mungkin kadang-kadang sedap juga (?).. LOL.. Lepas ni, insyaAllah mungkin akan naik level lagi? Gulai ke, kurma ke.. Who knows.. Tapi err.. ermmm.. Tengok lah macam mana.. Biar masa menentukan. Giteww.. 
  

Atas kiri: Ayam madu halia dan telur dadar
Atas kanan: Ayam phat phet
Bawah kiri: Ayam goreng bersos lemon dan sayur goreng
Bawah kanan: Sup ayam dan sayur goreng ikan bilis


Maka, dengan self-development ini, aku rasa molek lah kiranya suatu waktu nanti aku abadikan resepi-resepi masakan yang aku pernah buat dalam blog. Mungkin berguna untuk self-reflection suatu hari nanti, atau sekadar untuk perkongsian.. Hee..


InsyaAllah.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...