Sunday, March 30, 2014

Resepi mudah : Ayam goreng bersos lemon

Assalamualaikum.. Hye..


By referring to this entry, maka kali ini aku nak kongsi Resepi Ayam Bersos Lemon yang ringkas dan tak banyak bahan. Difficulty level, aku bagi 3/5. Sebab leceh nak golek ayam dalam tepung haha..

----------

Resepi Ayam Bersos Lemon

Ayam goreng

Bahan-bahan: 

200 gm  ayam
1 biji    telur ayam
1 s.k     minyak bijan
3-4 s.b  tepung jagung (mengikut keperluan)
Garam  (secukup rasa)
Gula     (secukup rasa)
Lada sulah (secukup rasa)


Cara-cara:
  1. Potong ayam kecil-kecil.
  2. Pukul telur bersama garam dan gula.
  3. Masukkan minyak bijan dan lada sulah. Pukul sehingga sebati.
  4. Masukkan ayam dan perapkan selama beberapa minit.
  5. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng ayam. (supaya ayam tenggelam)
  6. Kemudian, salutkan ayam yang telah diperap di dalam tepung jagung sehingga rata. Goreng sehingga kekuningan.
  7. Toskan. Ketepikan ayam yang telah digoreng.

 Sos lemon

Bahan-bahan:

125 ml  air
1/2      kiub ayam
2 biji   lemon (jus sahaja)
2 s.b    gula
2 s.b    tepung jagung 

Cara-cara:
  1. Panaskan air.
  2. Masukkan kiub ayam. Kacau.
  3. Masukkan jus lemon.
  4. Masukkan gula. Kacau.
  5. Masukkan tepung jagung yang telah digaul bersama sedikit air.  Kacau.
  6. Masukkan ayam goreng bersalut tepung ke dalam kuali. Kacau sekejap sehingga sebati.
  7. Hidangkan.




Selamat mencuba.. :)

2 comments:

  1. Sgt senang! And waah! Bday kita sama ;D

    ReplyDelete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...