Monday, March 3, 2014

Nottingham Malaysian Games 2013 | Diari UK

Assalamualaikum.. Hye..


Are you in UK? Because there'll be Sheffield Malaysian Games 2014 this upcoming 22nd February.. Jemput laa datang.. :) Aktif betul bebudak Malaysia ni ek.. 8 November hari tu dah ada Nottingham Malaysian Games 2013 (Notts Game '13), and I heard there's Manchester Malaysian Games too this year, tapi tak sure pulak bila.. Tapi sah-sah laa kan aku tak masuk any sports.. Lol.. Sebenarnya bukan sports macam basketball, football je ada, even Dota pun ada! Hoho..  



Anyway, kalau bukan disebabkan ada Notts Game '13 ni, aku rasa sampai sekarang pun aku takkan sampai lagi ke Nottingham.. Sebab selalunya kitorang pergi somewhere just when ada event, macam yang aku cerita kitorang pergi Cardiff hari tu.. Cuma kali ni, kitorang pergi dengan bas yang Sheffield Malaysian Student Association (SMSA) arranged. Kitorang bertolak dalam pukul 7 kalau tak silap aku dan sampai lebih kurang an hour later.. Dekat je pun Sheffield dengan Nottingham ni.. 


Notts Game '13 ni diorang buat dekat University of Nottingham, jadi bas menuju terus ke university.. Compared to University of Sheffield, aku rasa University of Nottingham ni cantik sikit kot, mungkin sebab universiti ni baru sikit.. Lagi satu, universiti dia setempat je, unlike Sheffield yang berselerak.. Haha.. 


Tapi seriously teruja sebab ramaiiiiii gile Malaysian (macam tak pernah nampak orang Malaysia je aku ni lol).. 


Lagi satu, venue setiap acara sukan tu bukan setempat je, jadi diorang sediakan bas untuk ke setiap venue.. Tapi, kitorang stayed dalam kawasan universiti je, tengok basketball and badminton match.. But sadly, Sheffield lost.. Haha.. Jahat tak gelakkan? :p 


 

Dalam banyak-banyak kat Notts Game '13 ni, aku paling tertarik dengan Malaysian food stall dia! Kiranya this is one of my main mission arr.. Ada satay, nasi dagang (kot? lupa), keropok lekor, dan banyakkkkkkk lagi.. Tapi I couldn't eat all, not because my stomach was full, but because they were costly.. Habis duit aku kalau nak merasa semua.. Haha.. Kesian kan.. But takpe lah, I was satisfied enough.. 


Since we weren't really into watching sports, then we headed to city center by taxis.. My friend's friend called the taxis to pick us up at the university.. (sebab ramai kan, hence the taxiS) Aku dah lupa berapa taxi fare, jangan tanya lol.. Bandar dia ok laa, unlike Sheffield, aku rasa bandar Nottingham lebih tersusun sikit kot.. 
  




Tapi, sebenarnya tak tahu pun nak tuju ke mana.. Dalam kepala, teringat nak beli fridge magnet dan poskad je, tapi tak jumpa-jumpa kedai souvenir.. Selalunya dekat tourist center ada, tapi tourist center dia pun kitorang tak jumpa.. Sedih ar jugak misi tak tercapai.. Kurang satu koleksi.. Haha.. Pastu kitorang ternampak brown-coloured signboard shows "Nottingham Castle", jadi kitorang jalan je pergi sana.. Tapi aku rasa tak ada apa yang menarik sangat pun.. Ngehngeh..



Tapi, dalam tak menarik pun sampai ke malam jugak kitorang dekat bandar tu.. Semua pun dah kelaparan.. Haha.. Kebetulan terserempak dengan Malaysian students, diorang suggest kedai makanan cina yang halal, named Chopstix.. Dan nak tahu tak.. Sebenarnya ni pertama kali aku makan makanan cina yang dalam kotak macam ni.. Noob tapi eksaited.. Hehe. Harga pun tak mahal, 5 pound (student price) untuk nasi + 2 jenis lauk + air tin.. Tapi aku tambah 2.50 pound lagi untuk popia yang sampai sekarang tak habis-habis.. 
  


Kebetulan jugak, malam tu ada perayaan Diwali dekat dataran.. Kuat betul bunyi gendang dia lol.. Siap ada orang menari lagi.. It was fun to watch.. Lepas tu, masa tengah tunggu teksi untuk balik ke universiti, terserempak dengan mamat mamat knight ni.. Kawan aku arr mintak untuk bergambar, mula-mula diorang refused sebab diorang kejar masa kot, pastu ada sorang tu cakap why not.. So, why not? Hehe
  



Back to university, kitorang tersalah tempat.. Sebab tadi diorang cakap bas tunggu dekat padang masa sampai pagi tadi, tapi sama ada kitorang salah dengar atau diorang tak bagitahu or whatever the reason is, rupanya bas tunggu dekat tempat lain.. Patut laa gelap semacam je dekat padang tu.. Nyaris-nyaris dah kena tinggal dengan bas.. Adoii..


Apapun, Nottingham checked! :)


Nota kaki: Aku kirim fridge magnet dan poskad Nottingham dekat housemate.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...