Saturday, February 8, 2014

Cardiff | Diari UK

Assalamualaikum.. Hye..


Saja teringat nak tulis pasal jalan-jalan ke Cardiff haritu.. Sekarang nak jalan-jalan ke Leeds pun dah tak mampu.. Sobs.. Sebenarnya bukan niat nak jalan-jalan pun, tapi pergi semata untuk dengar talk........... *krik krik* Ok fine, niat nak jalan-jalan tu memang ada pun.. Sambil menyelam sambil minum air laa.. Sambil mendapat ilmu, sambil mengenal bumi ciptaan Allah.. Kan? :)


Tajuk talk yang kitorang pergi tu, "Wacana perdana: Malaysia sebuah negara Islam atau sekular? Antara teori dan realiti" anjuran ISMA UK-Eire dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.. Penceramahnya antara orang-orang hebat seperti Tuan Haji Abdul Rahim Sinwan (Timbalan Persatuan Peguam–peguam Muslim Malaysia), Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia) dan Ustaz Nasharudin. Kalau tak silap aku, mereka ni antara delegasi MuslimUPRO yang ke Geneva tahun lepas untuk menyuarakan penentangan ke atas tuntunan COMANGO seperti pengiktirafan LGBT. They came straight from Geneva to Cardiff 26 Oktober lepas just for the talk, sebelum ke London the next day (27 Oktober) untuk talk yang sama. Antara inti pati talk tu, korang boleh refer links ni >>> (Link 1Link 2Link 3)


Kitorang ke Cardiff berlima by car.. Hoho.. First time sewa kereta di UK.. Alhamdulillah selamat pergi dan balik.. Just for info, kitorang sewa kereta dari AVIS.. Alhamdulillah servis OK dan tak cerewet macam Europcar.. Nanti aku cerita lain kali tentang pengalaman menyampah dengan Europcar ni.. Perjalanan by car dari Sheffield ke Cardiff kalau tak silap aku dalam 5 jam macam tu termasuk kitorang berhenti rehat dekat R&R.. Kitorang bertolak dalam pukul 9 lebih, dan sampai dalam pukul 2 kalau tak silap.. Sepanjang jalan menggunakan highway, so I guess tak ada masalah laa kot.. Because I wasn’t the one driving, my friend was.. Hehe


Sampai je Cardiff semua orang dah kelaparan, so kitorang cari kedai makanan halal dulu.. Pusing pusing, terjumpa a few halal restaurants, tapi kitorang pilih Restoran Istanbul.. The food was nice (ke sebab aku lapar lol).. Waitress dia pun baik sampai kitorang rasa serba salah, sampai rasa “we should go now”.. Sebab lama sangat duduk dalam restoran tu.. Haha


Lepas makan tu kitorang ronda Cardiff kejap, cari souvenirs and postcards.. Sejak datang sini, hobi setiap kali jenjalan must be beli fridge magnet dan poskad.. But sorry, no extras.. :p Dekat Cardiff ni macam susah nak cari souvenir, dan mahal! Lagi satu, kitorang rasa macam dapat pandangan pelik wherever we go.. Tak tahu laa kot sebab kitorang pakai baju kurung jalan-jalan dekat city.. Which I believe tipu kalau tak pernah nampak, sebab ramai je Malaysian students belajar kat situ.. Whatever..




Malam tu, lepas talk habis, kitorang dijemput bermalam di rumah Malaysian student, sebab jauh kan nak balik Sheffield malam-malam buta.. Bangun pepagi tu pulak, diorang dah sediakan bihun sup untuk breakfast sebelum kitorang balik.. Segan ar jugak.. Sebab they were too friendly and kind.. Iteww maluuu.. *Slap*


The next day tuh, kitorang gerak balik Sheffield.. Pastu one of my friend cakap dekat-dekat Cardiff ni ada Harry Potter’s castle.. Walaupun aku tak tengok pun cerita tu, but why not? Let’s!



So we Googled, and found 1 not-so-castle but a cathedral, Gloucester Cathedral yang digunakan dalam penggambaran Harry Potter.. Katanya.. Jadi, kitorang pergi laa just to see dan ambil gambar.. Kejap je, sebab dah hampir gelap dan angin kuat..







So, Cardiff?? Checked! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...