Wednesday, December 25, 2013

English country house, Bakewell UK

Assalamualaikum.. Hye..


Aku rasa banyak sangat dah aku terlepas untuk update cerita aku jalan-jalan sejak sampai UK nih.. Bizi bona rasanya.. Jadi, aku update laju-laju je kayh dengan entri bergambar.. 


Ni kira macam kali pertama aku jenjalan sejak sampai UK ni.. Mula-mula macam tak nak pergi jugak, sebab tengah hujan, pastu tempat dia berbukit.. Risau.. Tapi, lepas fikir lama, akhirnya kitorang pergi jugak.. Dari Sheffield, aku naik bas ke Bakewell, UK.. Bayar dalam 8 pound kalau tak silap.. Lupa.. Tapi bas dia buruk lalala.. Macam bas zaman dahulu kala, yang seat macam bas sekolah dulu-dulu.. Boleh imagine tak? Haha




Untuk sampai sana ambil masa lebih kurang sejam.. Bandar Bakewell ni kecik je, macam pekan laa lebih kurang.. Ke memang pekan pun? Haha.. Kitorang tak lama pun kat pekan dia tuh.. Sebab lepas tu kitorang naik bas lagi ke Haddon Hall, Bakewell.. Tambang bas 1.60 pound..



Haddon Hall ni sebenarnya English country house yang lama lama.. Kalau tengok macam tu nampak macam istana je kan? 

Described by Simon Jenkins in “1000 Best Houses” as “the most romantic house to survive from the middle ages”. Set in the heart of the beautiful Peak District National Park, parts of the house date from the 12th Century, sitting like a jewel in its Elizabethan terraced gardens, and overlooking the River Wye. [http://www.haddonhall.co.uk/]











Mengikut apa yang dibaca, dewan ni paling lewat dibina dari keseluruhan rumah tu. Dan tujuan dewan tu dibina semata-mata untuk orang-orang kenamaan ni lakukan aktiviti bersenam! 





Pemandangan dari kawasan belakang rumah.. Cantik! 














Sekian sahaja laporan saya dari Haddon Hall, Bakewell, United Kingdom.. Hoho.. Lain kali kalau aku terbangun tengah malam lagi, insyaAllah aku update lagi.. Muehehe.. 


Love from Sheffield,
Syarafina Zaini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...