Sunday, November 3, 2013

To United Kingdom by Emirates Airlines

Assalamualaikum. Hye.


Kali pertama datang ke United Kingdom 21 September lepas, aku pilih untuk menaiki Emirates Airlines dari Kuala Lumpur ke Manchester. Jangan tanya aku sebab apa tak naik Malaysia Airlines. Pergi tanya depa kenapa tak turun kat Manchester.


Anyway, my first impression of Emirates Airline? Exclusive! Mau tak eksklusif, aku naik kapal terbang Airbus A380 yang ada 2 tingkat tu kottt.. Lol. Departure hall dia pun nun kat hujung terminal. Jenuh berjalan tak sampai sampai. Haha. Airbridge dia ada 3 kalau tak silap aku. Satu untuk ke tingkat atas, 2 untuk ke tingkat bawah. Yang aku cerita ni dekat KLIA laa.


Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Manchester, basically mengambil masa 24 jam hari tu kalau tak silap aku. 7 jam perjalanan dari KLIA ke Dubai, 9 jam transit di Dubai International Airport, dan 8 jam dari Dubai ke Manchester. Lama oiii.. Jenuh menunggu. 



 
Nasib baik dekat airport tu ada kerusi santai macam dekat pantai tu. Boleh laa aku tidur ayam sambil menunggu. Tak nyenyak pun sebab aku tak selesa tidur dekat tempat terbuka. Tambah dengan risau beg lagi, risau pasport, duit, segala macam mak nenek risau ada. Alih alih aku tidur 2 jam je kot daripada 9 jam transit tu.




Lagipun, few hours lepas sampai tu, sempat lagi aku merayap kejap tengok tengok apa yang ada dekat airport tu sambil mencari makan. Hehe. Tapi tak ada apa sangat pun aku rasa dekat airport tu. Haha.






Oh! Bab transit tu, ada beberapa pilihan sebenarnya, sama ada untuk berlepas dari Dubai pukul 3 pagi, 7 pagi atau 2 petang. Kitorang pilih pukul 7 pagi sebab rombongan kitorang hari tu ada laa lebih kurang 20 orang dan flight pukul 3 pagi tu Boeing 777 je. So, ketua rombongan cik kiah kitorang ni cakap, flight pukul 3 pagi tak cukup seat untuk semua orang. Macam tu laa ceritanya lebih kurang. Jadi terpaksa la menunggu lamaaaaaaaaaa.




Yang paling best, sepanjang berjam-jam aku dalam flight tu, aku rasa perut aku tak sempat rasa lapar. Sebab each flight sediakan makan 2 kali. Muahaha. Dari KLIA ke Dubai, aku berlepas pukul 7.30 malam, so lepas tu diorang sediakan dinner. Untuk dinner aku pilih nasi dan lauk kurma ayam. Tak lama lepas tu, datang pulak stewardess tanya nak makan apa untuk supper. Heaven! Haha.




Dari Dubai, aku berlepas pukul 7 pagi, so tak lama lepas tu, aku dihidangkan sarapan. Masuk waktu lunch, makan untuk lunch pulak. Serius, memang tak sempat rasa lapar pun. Hekhek.. Terbaekkk (gaya Boboiboy).. 


Selain tu, ermmm. Hah! Aku sempat layan few movies sepanjang penerbangan. Hehe. Macam-macam movie ada. English, cina, korea, hollywood. Pilih pilih. Lagu pun banyak. Secara keseluruhan, aku rasa Emirates ni best. :D




Aku sampai di Manchester 22 September, pukul 11.20 pagi waktu sini. Masa tu tak rasa sejuk sangat pun. Cuaca just nice macam kita duduk dalam bilik ekon. Alhamdulillah jugak, kastam dekat Manchester Airport tak tanya banyak. Pulak tu, dia yang tanya, dia yang jawab. Muahaha. Dia tanya aku datang untuk apa, belajar? Belajar dekat mana, Uni of Sheffield? Aku iye kan je la. Bukan apa, ada yang cakap kastam ni kadang-kadang ada yang leceh la, barang kena buang dengan kastam laa. Dia pun tak minta nak tengok dokumen-dokumen lain selain pasport. Alhamdulillah makbul doa.


Sampai je, ada wakil dari persatuan pelajar Sheffield yang jemput. Tapi, prior to that, memang kitorang dah inform awal-awal. Satu kereta, diorang kenakan caj 50 pound. Divide by 2 dengan kawan aku, so kena bayar 25 pound seorang. Ok. Berbaloi la daripada kena turun naik bas ke, train ke. 




So, alhamdulillah aku dah selamat sampai ke Sheffield. Dah sebulan dah pun. Ngehngeh. Rumah kitorang pun cantik dan selesa walaupun agak jauh dari kelas dan berbukit bukau. Perghh! 



4 comments:

  1. assalam...baik2 jaga diri yer

    ReplyDelete
  2. Wassalam.. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. untglaa..... tke cre ye awak...... :P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...