Sunday, July 21, 2013

Resepi Kek Red Velvet

Assalamualaikum.. Hye..


Satu benda yang undeniable about me is aku suka makan kek atau pudding especially with cheese. Suka sangat. No wonder lah aku makin men’comel’ sekarang. Sebab tak sanggup nak kawal nafsu makan. Muahaha. Tak kira kek perisa apa, asal jenis kek tak pahit tak masin, aku makan aje. Dan salah satu kek yang memang mampu buat aku kecur air liur ialah kek red velvet atau kek baldu merah yang gorgeous itu.

Pada pandangan aku, kek red velvet ni macam all time favourite dan everyone favourite. Tak lapuk dek zaman dan ramai yang suka. Ada sekali tu aku pergi SACC Mall, Shah Alam. Kat situ ada satu kedai yang jual red velvet cake. Sedap tapi agak mahal. RM8 per slice. Let say dia potong 10 slices per cake, maksudnya kek tu at least RM 80 sebiji kan? Pheww.


Aku lagi rela bersusah payah cari resipi di internet dan buat sendiri daripada perabih duit beli kat kedai. Muahaha. Aku memang berkira dalam beberapa hal. Lagipun, bukannya susah pun nak buat sendiri. Kecuali kalau korang malas. Memang aku tak boleh tolong ar.


Tapi, aku boleh tolong kongsikan resepi kek red velvet yang aku selalu gunakan. Oh by the way, selalu dalam kes aku means baru 3 kali. Hakhak. Namun, walaupun aku belum capai tahap expert, tapi kalau korang buat menjadi, serius sedap hasilnya.



Kek red velvet percubaan pertama waktu raya tahun lepas. Yang ni kurang menjadi sangat, sebab bantat dan tak ada proper tools untuk menghias. Rupa memang hancus, tapi tang rasa insyaAllah sedap.. Hehe


Resepi Kek Red Velvet (Kek Baldu Merah)

Langkah 1

Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:
  • Ayak semua sekali dalam satu bekas. Ketepikan.

Langkah 2

Bahan-bahan:

240 ml susu segar
2 sudu teh cuka
2 sudu teh pewarna merah

Cara-cara:
  • Campurkan susu segar dan cuka (dikenali sebagai campuran buttermilk). Biarkan selama 10 minit.
  • Masukkan pewarna merah. Ketepikan.

Langkah 3

Bahan-bahan:

150 gm mentega **
100 gm gula kastor **
200 gm gula perang **
1 sudu teh esen vanila **
2 biji telur

Cara-cara:
  • Pukul bahan-bahan bertanda ** sehingga kembang.
  • Kemudian, masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.
  • Masukkan tepung yang dah diayak tadi (Langkah 1) diselang selikan dengan bancuhan buttermilk (Langkah 2). Ketepikan.

Langkah 4

Bahan-bahan:

2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara:
  • Campurkan kedua bahan. (Campuran ni akan berbuih-buih)
  • Cepat-cepat masukkan dalam adunan kek yang diketepikan tadi (Langkah 3).

Langkah 5

Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar dalam oven dengan suhu 170 celcius selama 23-30 minit (Tempoh ni bergantung kepada oven korang. Hanya kita yang kenal oven sendiri. Giteww..)

Langkah 6 (Cream cheese frosting)

Bahan-bahan:

250 gm cream cheese
30 gm mentega
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar susu segar
100 gm gula ising

Cara-cara:
  • Pukul semua bahan sehingga kembang. Hias kek. :)


Untuk hiasan, sesuka hati korang je nak hias cemana pun. Selalunya orang potong kek kepada dua lapisan, kemudian ratakan cream cheese, dan tindan dengan kek yang dipotong tadi.

Kemudian, hias bahagian luar kek dengan lebihan cream cheese frosting. Siap!



Kek red velvet percubaan kedua yang agak ok. Haha. Kali ni tak bantat dah. Bab rasa tak perlu pertikai, kek ni memang sedap :D.. Cuma bab hiasan aku memang fail. Sebab tak ada proper tool gak. And on top of that, aku mengaku skill menghias aku belum diasah sepenuhnya. Hakhak. Kek ketiga terlupa ambil gambar. 


Selamat mencuba :)

19 comments:

  1. Hias tak penting..yang penting sedap rasanya...:)

    ReplyDelete
  2. bakar 23-30 minit ..tapi berapa suhu diaa???

    ReplyDelete
  3. Waa~ my favourite cake ! Lpas ni buat sndiri jee.. X de la mmbazir duit nk beli kat kdai.. Hihi ^_^

    ReplyDelete
  4. Serius lagi berbaloi buat sendiri. Boleh letak cream cheese banyak-banyak kalau suka. Haha :D

    ReplyDelete
  5. Bakar kek suhu berapa ek??

    ReplyDelete
  6. wah bgs resepi sis nie sbb sis terangkan 1 per 1.. law resepi org lain mcm ssh jew sbb xdew penerangan mcm sis wat.. mcm sedap jew mcm senang jew.. hehehehe..

    ReplyDelete
  7. ada lagi tak resepi lain, boleh kongsi....

    ReplyDelete
  8. Nabilah: Bakar dengan suhu lebih kurang 170 celcius.

    ReplyDelete
  9. Huda Amir Wan: Terima kasih. Alhamdulillah semoga bermanfaat.. Kalau menjadi, serius sedap.. Hehe

    ReplyDelete
  10. Delima Putih: Boleh klik dekat tag 'Resepi masakan'. InsyaAllah ada few more recipes. :)

    ReplyDelete
  11. klau x de oven, gna pngukus leh x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak pasti pulak.. mungkin boleh cari resepi ked red velvet kukus..
      sorry tak membantu.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Assalam. . tny...Cuka tu..guna cuka makan la yer..??hehe jarang2 wat kek..

    ReplyDelete
  14. Bestnya kek...siap ada resepi...tapi nak buat je x berapa nak rajin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Mungkin one day dtg rajin, boleh try buat. Serius sedap :)

      Delete
  15. Replies
    1. Mak aih.. I'm so sorry for not replying earlier.. Maaf sangat tak perasan. Kek ni dibakar :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...