Tuesday, July 23, 2013

Kenangan terawih zaman kanak-kanak

Assalamualaikum.. Hye..




Diam tak diam hari ni dah 14 Ramadhan ye dak. Maksudnya dah 14 hari dah berpuasa. Dan dah 15 malam kita berterawih. Uii cepatnya masa berlalu. Dah masuk pertengahan Ramadhan dah kita ni. Terawih kat masjid tempat korang macam mana? Masih ramai atau dah berkurang? Ke korang sendiri tak pergi terawih. Kehkehkeh. Gurau je. 


Cakap pasal terawih kan, aku teringat zaman terawih aku masa kanak-kanak dulu. Waktu aku kanak-kanak dulu, aku memang wajib akan ikut ma abah ke masjid setiap kali terawih. Sebab aku anak bongsu, kakak-kakak pula semua sekolah asrama, jadi memang tak ada siapa boleh teman kat rumah. Dah tu bila pergi masjid, mesti kena halau suruh duk kat belakang. Tapi masa tu dah tak kecik sangat sebenarnya sebab dah masuk sekolah rendah. 


Sebagai kanak-kanak yang normal (kengkononnya), aku banyak memain je masa orang solat terawih. Dekat masjid, aku ada geng bermain. Tak ingat berapa orang, tapi aku ingat ada sorang kakak yang tua sikit dari aku. Cuma masa solat isyak, aku solat laa. Tapi, masa orang solat terawih, haaa kemain berlakon. Masa orang solat aku buat aktiviti lain, waktu orang dekat tahiyat akhir, kitorang pun kelam kabut lah duduk tahiyat akhir gak. Orang paling kiri kanan bagi salam, kitorang buat jugak. Berlakon sebab takut kena marah. Sebab ma aku garang punyaaa. Hehe


Waktu aku membesar tuh, tahun 90-an, salah satu mainan yang agak popular ialah Cyber Pet, sejenis mainan untuk membela haiwan peliharaan secara elektronik. Budak-budak yang lahir sewaktu dengan aku should know. Alaa lebih kurang game Pou from Google Play tu. Cyber Pet tu aku dapat hadiah dari Kak Chik sebab aku tolong urut dia. Hehe. Cyber Pet tu lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni, cuma aku punya bentuk cengkerang warna oren. 




Dekat masjid tu, geng aku semua ada satu Cyber Pet. Jadi, waktu solat terawih kitorang sibuk main bendalah tu laa. Tukar-tukar main kawan punya. Waktu zaman budak-budak cenggitu, seronok gile baq hang boleh mainan macam tu. Game tu pun dah macam peneman setia. Aku selalu bela kucing sebab kucing comel. Aku bagi makan, bagi main, cuci berak. Aku rasa kalau kucing tuh memang real, confirm sihat walafiat kucing belaan aku. Haha.


Selain tu, dekat dengan masjid tu, selalunya ada orang jual colek buah. Jadi, kitorang memang bawak duit siap-siap. Waktu orang sujud rakaat pertama, kitorang curi-curi keluar, takut orang tahu. Lepas tu, beli colek cepat-cepat. Set timing baekk punya. Waktu orang sujud rakaat kedua kitorang masuk balik senyap-senyap. Hakhak. Tak tahu lah makcik-makcik tuh perasan ke tak. 


Lagi satu masa kecik-kecik dulu, aku minat gile dengan sticker. Kira macam salah satu hobi aku dulu-dulu ialah mengumpul sticker. Tak kisah sticker apa pun, janji sticker. Kebanyakan sticker yang aku kumpul, yang kartun laa macam sticker Sailormoon. Tapi sticker tu aku tak guna pun, cuma kumpul je sampai tebal. Sampai ke tua aku simpan sticker tuh. Tapi sayang ar sebab entah kemana hilang sticker tu semua, anak saudara aku buat main. Adeh.. -.- 




Dipendekkan cerita, dekat masjid tu kan ada sorang kakak dalam geng aku. Dia pun minat sticker jugak! Muahaha. Jadi, kitorang selalu laa tukar-tukar sticker. Macam-macam jenis pun ada. Hehe.


Tapi semua aktiviti tu berhenti bila aku dah masuk sekolah menengah. Dengan kakak tu pun aku dah jarang jumpa dah. Dan aku pun dah boleh solat dengan orang dewasa. :D 


Seronok sebenarnya bila teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Macam-macam hal. :) 


Korang pun sama macam aku ke? Kalau ya, apa aktiviti korang masa orang solat terawih eh? Hee~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...