Friday, July 12, 2013

Belajar atau bekerja. Aku pilih.....

Assalamualaikum.. Hye..


Salah satu impian aku sejak kecil ialah untuk sambung belajar ke luar negara dan bekerja sebagai pensyarah suatu hari nanti. Lagi-lagi bila 2 orang kakak aku berjaya sambung belajar ke Jepun. Impian aku makin kuat. Tapi nak capai impian tu memang tak mudah. Walaupun aku dapat 10 A untuk SPM 2006, tapi dengan adanya 1 B untuk Bahasa Inggeris, terus ranap impian aku. :'(


Siapa yang nak bagi biasiswa kepada pelajar yang tak hebat Bahasa Inggeris. Kan.. Walaupun subjek aku yang lain semuanya A. Memang diorang takkan pandang pun permohonan aku memandangkan ramai lagi yang dapat A penuh. Aku sedih.


Walaupun aku kecewa, tapi impian tu tetap ada. Jadi aku tanam impian sekali lagi untuk sambung belajar di peringkat Master di luar negara. Kebetulan, ada satu hari tu aku terbaca satu blog yang bagi panduan untuk sambung belajar ke luar negara. Pap! This is my chance!


Terus aku cari universiti dan kursus yang aku nak sambung. Mostly in UK. Selain universiti, kena lah cari penaja juga kan. Bulan 3 lepas, permohonan pinjaman pelajaran MARA dibuka dan aku terus mohon. Kalau ikutkan tahun lepas punya, pihak MARA terus bagi tawaran tanpa perlu ujian atau temuduga. Tapi tahun ni berbeza sikit sebab batch aku kena menduduki ujian psikometrik dulu sebelum layak ditawarkan pinjaman pelajaran MARA.


Kebetulan, ujian psikometrik tu diadakan di kolej tempat Kak Ngah aku mengajar di Beranang! Alhamdulillah. Jadi, dari segi penginapan dan pengangkutan memang fully supported la. Hehe. Alhamdulillah juga sebab aku lulus ujian psikometrik tu dan ditawarkan pinjaman pelajaran MARA untuk ke University of Sheffield, UK. I was overjoyed. Siapa tak gembira bila impian hampir tercapai.


TAPI.. The joy didn't last. -.-'


Aku terpaksa buat pilihan antara kerja atau belajar! Aku mendapat beberapa tawaran belajar bersyarat dari Durham University, Brunel University dan University of Sheffield serta tawaran belajar tanpa syarat dari University of Manchester, UK. Pada masa yang sama, aku juga mendapat tawaran pelantikan untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah DG41. Jadi cikgu lah senang cerita. Dah tentu kedua-duanya ada kelebihan tersendiri. 





Sebelah kiri aku, impian sejak kecil. Sebelah kanan aku, kerja dan masa depan yang boleh dikatakan secured. Allah.. Susahnya untuk memilih. I wish I don't have to choose. I wish I can have both at the same time. But I just can't. -.-'


Aku harap aku mampu buat keputusan tepat. Well. Dah tentu aku takkan tahu setepat mana pilihan aku sebab aku bukan nujum yang boleh tentukan masa depan aku. Jadi, aku berserah kepada Allah. Selepas beberapa Istikharah, aku harap keputusan yang aku buat ini adalah yang terbaik buat aku. Amin.


Goodbye University of Manchester. Semoga kita akan berjodoh lagi. MARA, jangan serik untuk tawarkan aku pinjaman pelajaran lagi. :'(


Tolong doakan aku..


Nota kaki: Aku minta maaf kalau aku tak reply komen korang.. Sebab Disqus aku bermasalah. Walaupun dah import komen dari blogger ke Disqus, tapi tetap tak keluar juga. :'( Apapun, aku sangat hargai komen, pandangan dan doa korang. Terima kasih. :)

15 comments:

  1. semoga berjaya! insya-Allah pasti ada rezeki lagi utk sambung blaja kat oversea :) dulu2 pon penah jugak berangan, tapi hati cakap jgn lg. hehe

    ReplyDelete
  2. buat solat ikhtiharah :)

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah saya doakan yang terbaik dengan apa jugak keputusan yanga awak buat... Allah Maha Mengetahui, dulu awak tak dapat ke sana, tapi kali ni awak dapat dan dia uji lagi dengan pilihan lain... apa pun yang telah tersurat awak antara yang terbaik!!! Tahniah dan teruskanlah mengejar cita-cita!!!

    ReplyDelete
  4. WAH sangat bertuah banyak tawaran ~ bnyk lagi yg masih mencari kerja dekat luar all the best for u.. :)

    ReplyDelete
  5. solat istik
    harah,mohon petunjuk dari yg Maha Esa...

    ReplyDelete
  6. Amin.. Terima kasih.. Harap2 berpeluang lagi next time. Tahun lepas dah terlepas, tahun ni dapat tapi terpaksa lepaskan. InsyaAllah kalau dapat peluang lagi lenkali, tak lepas-lepas dah. Hehe

    ReplyDelete
  7. Dah buat few times. Mungkin perlu buat lagi berterusan. Tapi harap2 nya pilihan yang dibuat ni pun atas gerak hati dari istikharah yg dibuat. :)

    ReplyDelete
  8. Terima kasih Innanie atas doa dan dorongan. may Allah bless u.. :)

    ReplyDelete
  9. Rezeki.. :)
    Apapun, terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah. Dah buat few times. Harap2 pilihan yang dibuat ni atas gerak hati dari istikharah yg dibuat. :)

    ReplyDelete
  11. bestnya~~~ kalau lepasan diploma you prefer try sambung master kat luar negara or try dapatkan jugak sambung degree kat luar negara?

    ReplyDelete
  12. acap: maaf saya tak faham soalan awak. lepasan diploma kalau tak silap saya, hanya boleh sambung degree, kemudian master atau phd.

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum :) nak tanya, macam mana nak apply untuk universiti luar negara tu eh ? kena register kat website universiti luar negara tu sendiri ke ?

    ReplyDelete
  14. bagus la akak..due2 dpt sy pon dlm dlema skrg..tp utk level yg mgkin rndah dr akak..sye dpt twaran lantikan tetap utk pmbntu tadbir n17..pd mse yg sme lpasan matrik n smbong ke degree bln 9 ni..so skrg blur skit nk buat plhan..nk go dggre takot future yg x mnebtu..nk kje trus mgkin rugi jgk dgn gji hnya thap SPM ..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada peluang sambung belajar, don't hesitate, sambung je.. InsyaAllah tak rugi.. percaya pada rezeki Allah.. Mungkin lepas sambung belajar nanti, dapat kerja yang better.. lagipun zaman sekarang banyak kerja yang perlukan degree sekurang-kurangnya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...