Friday, June 28, 2013

Aplikasi Panduan Solat Percuma untuk Pengguna Android

Assalamualaikum.. Hye..


Pada pandangan aku, orang muda sekarang banyak habiskan masa dengan handphone diorang. Alah.. Aku rasa bukan orang muda jer, yang tua pun ramai je. Zaman sekarang dah berubah. Rata-rata tua muda sekarang dah pakai smartphone. Touch screen lagi tu. Dan aku rasa salah satu yang menyeronokkan tentang smartphone ni sebab kita boleh download apps yang sangat banyak kat Play Store tu! Macam-macam aplikasi ada kalau korang rajin godek.




Jadi, why not kita gunakan smartphone tu untuk sesuatu yang berfaedah kan. Contohnya install panduan-panduan solat, Al-Quran, zikir, dan lain-lain. So, one day tuh aku godek-godek Apps kat Play Store Galaxy S3 aku nih dan terjumpa satu application yang aku rasa SANGAT berbaloi install dan sangat bersyukur terjumpa aplikasi nih. Seriously. Nak tahu application apa?




Tadaa! Panduan Solat Versi 1.0.0.9 yang sangat best dan berguna dari Play Store. Banyak panduan mengenai solat yang diberikan, contohnya Panduan Solat Istikharah, Panduan Solat Taubat, Panduan Solat Dhuha, serta Wirid dan Doa Solat Fardhu. Korang boleh tengok kat senarai panjang dalam gambar bawah ni.





Kalau korang perasan No. 14 tuh ada panduan untuk wirid dan doa solat fardhu. Yang aku teruja tuh sebab wirid dan doa dalam aplikasi ni sama macam yang Ma, Abah, dan Tok Imam masjid kampung aku baca. Ok mungkin wirid diorang lagi panjang kot, tapi yang ni pun dah cukup bagus. InsyaAllah. Hehe. Teruja! Bukan apa. Aku nih jahil gak. Tak reti sangat nak baca wirid lepas solat. Rugiiii....






Kat atas ni sebahagian dari wirid dan doa yang terkandung dalam aplikasi 'Panduan Solat' ni. Lagi satu, bila cakap pasal solat, dah tentu kita perlu tahu bila masuk waktu solat kan. Jangan risau, korang tak perlu install aplikasi tambahan untuk dapatkan waktu solat ni, sebab aplikasi 'Panduan Solat' ni dah masukkan sekali waktu solat mengikut tempat. Korang boleh pilih je.




Untuk disclaimer, 




Untuk makluman korang, aplikasi ni PERCUMA. Tak perlu bayar apa-apa untuk aplikasi yang sangat bagus dan berguna ni. Tapi, korang boleh menderma kepada pencipta aplikasi Panduan Solat ni supaya beliau dapat mengembangkan lagi usaha beliau ni. 


Semoga bermanfaat :)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...