Thursday, March 28, 2013

Panduan Memohon atau Memperbaharui Pasport Antarabangsa Malaysia

Assalamualaikum.. Hye..


Minggu lepas I ke Pejabat Imigresen Kota Bharu untuk perbaharui passport yang dah expired 3 tahun lepas. Huiii.. Rasanya dah advance banyak kot proses memohon pasport sekarang berbanding 8 tahun lepas. Untuk memohon pasport antarabangsa sekarang sangat senang dan cepat. I cuma perlu tunggu kurang 1 jam untuk dapatkan pasport baru. Cepat kan?


Tapi efficiency level tu bergantung kepada situasi juga lah. Waktu I pergi Jabatan Imigresen Kota Bharu minggu lepas, memang lengang je. Cuma ada beberapa orang je yang memohon pasport. Sebab tu juga kot pasport I cepat siap. Jadi, kalau nak pasport anda siap cepat tak nak tunggu lama-lama, sila lah ke Pejabat Imigresen Kota Bharu walaupun anda berada di Sarawak sekali pun. Sebab situ lengang! Hikhik..


Walaupun dah pernah buat pasport dulu, tapi boleh dikatakan I dah terlupa sebenarnya cara memohon. Kang ada yang tak lengkap tak ke naya. Lebih senang kalau kita prepare siap-siap semua yang diperlukan sebelum ke pejabat imigresen daripada berkejar sana-sini lepas tu. Kan.... So, I googled and gather the information and now I wanna share with uolss. :)




Cara Memohon Pasport Antarabangsa Malaysia Kali Pertama

Perkara WAJIB ada sebelum memohon pasport:


1.     MyKad pemohon
2.     1 salinan MyKad pemohon (depan belakang - dalam 1 muka surat)
3.     Sijil Lahir pemohon 
4.     2 keping gambar berukuran pasport terbaru berlatar belakang biru muda
5.     Duit 


Kadar bayaran biasa untuk pasport: 
  • RM 100 - untuk tempoh 2 tahun
  • RM 300 - untuk tempoh 5 tahun

* Prosedur memohon pasport ni sangat senang sebenarnya. Perkara pertama yang perlu dibuat haruslah ambil nombor giliran, kemudian just follow the flow. Faham kan? Maksudnya ikut laa apa yang diarahkan.. Hee.. Masa I ke Jabatan Imigresen Kota Bharu hari tu, waktu ambil nombor giliran, pakcik pengawal tu terus tanya I, urusan apa dan dia guide I apa perlu dibuat.  


Cara Perbaharui Pasport Antarabangsa Malaysia

Perkara WAJIB ada sebelum memperbaharui pasport:

1.     MyKad pemohon
2.     Passport lama ( PENTING )
3.     2 keping gambar berukuran pasport terbaru berlatar belakang biru muda
4.     Duit 


Kadar bayaran biasa untuk pasport: 
  • RM 100 - untuk tempoh 2 tahun
  • RM 300 - untuk tempoh 5 tahun

* Prosedur untuk perbaharui passport ni sama aje dengan prosedur untuk memohon kali pertama. Cuma pastikan anda bawa pasport lama. Ini PENTING sebab passport lama perlu dibatalkan. Kalau pasport lama hilang, sila cari sampai jumpa ye, tak pun buat laporan polis.


Untuk pemohon yang tergolong dalam golongan KHAS
  1. warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  2. kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah
  3. pelajar berumur 21 dan ke bawah yang mendapat tawaran belajar di luar negara dan mempunyai surat tawaran

 Kadar bayaran untuk pasport seperti berikut:

  • RM 80 - untuk tempoh 2 tahun
  • RM 150 - untuk tempoh 5 tahun


Selepas selesai semua urusan dan bayaran, passport akan diproses dan akan siap dalam masa 1-2 jam InsyaAllah. Kecuali kalau anda bertuah, boleh laa anda dapat pasport baru kurang dari 1 jam bergantung kepada keadaan. Sila bersabar dan manfaatkan masa anda.. Hee :)



Pasport baru perlu diambil sendiri oleh pemohon. Tak boleh wakilkan. Sekian. 


Sumber [1] [2]

6 comments:

  1. salam dear, akak tag nama kamu untuk segmen ini - http://belladsecret.blogspot.com/2013/03/segmen-topup-by-afiqah-adzan.html

    ReplyDelete
  2. teman singgah n done follow, jom singgah n follow blog teman lak.. he2.. =) http://tengkubutang.blogspot.com/2013/03/segmen-featured-me-on-bubbly.html

    ReplyDelete
  3. terror. thank you

    ReplyDelete
  4. tq so much Tengkubutang Miaw.. :)
    sory for late reply. Internet access was limited..

    ReplyDelete
  5. Salam akak.. sory for late reply n sorry saya tak dapat join segmen tu. Internet access was limited.. Apapun terima kasih tag saya.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...