Friday, February 22, 2013

Cinta Kau dan Aku - Dari novel ke drama bersiri

Assalamualaikum.. Hye..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Jom perbanyakkan selawat pada hari Jumaat yang mulia ini.. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda Nabi Muhammad S.A.W pada hari kiamat nanti. Amin :)


*****************


Sekarang banyak betul drama adaptasi kan. Macam tak ada idea je diorang ni nak buat drama. Muahaha. Nasib baik laa novel-novel yang dipilih untuk diadaptasi ni best semuanya. Contohnya,

  • Astro Ria - Drama Adam dan Hawa karya Aisya Sofea
  • Astro Prima - Drama Bicara Hati karya Damya Hanna
  • Astro Citra - Drama Sehangat Asmara karya Aisya Sofea
  • TV3 - Drama Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila
  • TV1 - Drama Trilogi Cinta karya Sharifah Abu Salem


Sekarang ni pula, ada satu lagi drama adaptasi daripada novel yang famous dan best. Cinta Kau dan Aku, karya Siti Rosmizah. Pernah dengar?? Best wa cakap lu. Hekhek. Tetiba je kan nak wa lu segala. Mentang-mentang ada watak minah tomboy dalam tu.




Mesti korang dah hentak hentak kaki nak tau sinopsis dia kan.. Tak?! Ahh.. Tak kira.. Tak kira.. Kena baca juga.. :p


Sinopsis drama Cinta Kau dan Aku


Cerita ini bermula dengan seorang gadis yang cantik dan baik .Namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.

Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.

Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.

Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.

Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatah lagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.

Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? [Sumber]



*****************


Pelakon-pelakon Cinta Kau dan Aku, antaranya ialah Sara Ali, Fizz fairuz, Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF, dan  Mustafa Kamal.


Cerita romantik macam ni kadang-kadang ada yang tak suka.. Tapi, ramai juga yang suka kan? Haa.. Kepada yang suka drama genre romantik macam ni, korang boleh laa dok tercongok depan tv, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 10.05 malam.. Hanya di............... TV1.. Kasi dramatis sikit.. Hihi






Harapnya drama ni tak lah meleret macam drama Bicara Hati yang entah apa-apa dah macam sinetron Indonesia dah.. Hadoiii..



Nota kaki: Ma kecewa semalam, sebab dia tak tahu drama Cinta Kau dan Aku ni dah gantikan drama Trilogi Cinta favourite dia dengan abah tu.. Hoho

1 comment:

  1. boleh lah............best la jugak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...