Wednesday, February 27, 2013

Bagaimana BR1M merealisasikan impian

Assalamualaikum.. Hye..


Selalunya, dalam hidup kita, mesti ada satu wishlist yang panjang berjela kan.. Sebab semua orang berkehendak.. Nak aipon laa.. Dah ada aipon 4, nak aipon 4s.. Bila keluar aipon 5, nak yang itu pula.. Dah ada satu aipon, nak lagi galaxy note, ipad, galaxy tab, kamera DSLR, porsche.. Macam-macam!


Kalau berduit, tak apa lah.. Hari ni wish, esok lusa dah boleh dapat.. Tapi, kalau yang selalu sengkek macam I ni, hadoiiii bersabar je laa mampu.. Kecuali kalau tiba-tiba ada duit datang bergolek macam BR1M tu.. Hikhik.. Dalam kepala ni terus fikir nak buat apa dengan duit tu.. 




Akhirnya, tingggg! Light bulb menyala kalah spotlight.. :p


Yes tahu dah nak beli apa.. Dah lama nak tukar dia, tapi terpaksa bersabar sebab tak cukup duit lagi.. Nak minta dari ma abah, I rasa segan.. Sebab I jenis jarang meminta.. Jadi, bila ada peluang macam ni, of course takkan ku lepaskan.. Hikhik..


Haa.. Nak tahu macam mana BR1M membuat impianku menjadi kenyataan? Cewahh gitewww.. Tadaa...........




I beli jam tangan! Yay.. Hehe.. Sangat suka sebab ada diamond bling bling macam gelang tangan.. Tapi, tak ada laa jenama gempak pun.. Mula-mula usha Bonia, tapi tak ada design yang betul-betul berkenan.. Bila tengok brand Roscani, terus cair hati ini.. Nasib baik I tak kisah sangat pasal jenama, asalkan design tu cantik dan berkualiti ok laa.. Sebab tu, I cuma perlukan 5 minit untuk beli jam ni! Pantas tak? Hehe..


Dah lama sangat nak beli jam baru yang feminin sikit, sebab selama ni I pakai jam Baby G hadiah daripada Kak Chik.. Dah 6 tahun kot.. Dulu-dulu boleh laa pakai jam macam tu, sebab masih remaja kiut kiut (Ye ke? muahaha) lagi kan.. Sekarang dah nak start kerja dah, walaupun rasa macam kiut kiut je (:p) lagi, tapi rasa segan pulak pergi kerja pakai baju kurung ayu kononnya, tapi tengok tengok pakai jam Baby G.. Haha.. Kalau untuk santai  je boleh laa.. Sebab tu I jarang pakai jam tangan kalau pakai baju kurung.. T.T


Alhamdulillah dah boleh potong satu item dalam senarai wishlist.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...