Monday, December 3, 2012

Pertama kali ke Istana Negeri Kelantan sempena Ekspo MAIK

Assalamualaikum.. Hye.. 


Kadang-kadang banyak perkara nak update dalam blog, tapi asyik tertangguh je. Lepas tu, tak ingat dah pasal tu atau dah basi. Jadi, cerita pun dah tarak untuk diceritakan. Cuma 2, 3 hari ni baru teringat nak update pasal I pergi Istana Negeri Kelantan few weeks ago. Tu pun tertangguh sebab ada orang gile kebas line telefon kawasan rumah I. @#%^&!


Ceritanya macam ni. Sempena penubuhan 100 tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Sultan Kelantan dah perkenankan untuk buka Istana Negeri di Kubang Kerian selama 36 hari bermula 1 November hingga 6 Disember kepada rakyat jelata dan adakan Ekspo MAIK kat situ. Jadi, kalau korang belum pergi dan teringin nak pergi, korang masih sempat! :D




Banyak aktiviti yang disediakan sepanjang Ekspo MAIK ni. Antaranya ialah Pameran Kegemilangan Islam Kelantan yang mempamerkan pelbagai artifak perkembangan Islam. Ada replika pedang Rasulullah dan sahabat baginda, replika rumah Rasulullah, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Gerai jualan pun ada juga, tapi I tak sempat pergi melawat.. Hehe




I pergi 11 November aitu dengan my Ma. Abah tak ikut. Kamera pula tak ada. At last, I bawak je Ipad yang besar gedabak tuh. Gedabak dia pun, kamera 5 MP, jadi tak mengecewakan sangat laa berbanding henpon cikai I ni. I segan jugak sebenarnya nak guna Ipad tu as camera sebab dia besar kan, tapi sukati lah, bukan orang kenal pun. Hak3




Masuk Istana tu, tak tahu nak pergi mana, tapi ikut orang lain je. Tanya pak guard, dia suruh pergi tengok ikan giant dulu. Hoh! Memang giant sungguh ar. Kalau jatuh dalam tu, maunya hilang tangan. :p




Hoh! Interprem dah dia. Sebab anak dia suka bergambar, sampai Ma pun dah pandai amik gambar guna Ipad.. Tapi senang je sebenarnya. Haha




Keras kaku.. Haha




Dewan kat depan tuh laa tempat pameran..






Pameran Kegemilangan Islam ni kalau tak silap dalam Dewan Jubli Perak Istana Negeri. Dekat kawasan ni, boleh lagi untuk bergambar tapi dalam kawasan pameran tuh sila matikan niat anda sebab tak boleh dan banyak mata-mata gelap akan perhatikan korang. Hoho. Dalam ni serius lawa dan besar. Eh kalau tak bukan namanya istana kan?




Sebelum masuk dewan, semua orang akan diberikan plastik khas untuk simpan kasut/selipar. 




Ok nak balik dah. With my beloved Ma. :)




Erm.. Motipp?? 

8 comments:

  1. 5tahun dok sana..tak berkesempatan pun nak masuk istana...i'allah..1 hari nanti..

    ReplyDelete
  2. nak tengok ikan giant

    ReplyDelete
  3. hehe dah pegi sane tapi tak jumpa ikan giant pon.huhu

    ReplyDelete
  4. Dekat mana ye istana tu?KB?

    Hop in to our lamBLOGghini!Art, deco.,pre-loved, tips, accessories and lots more!www.qiostestblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. ni haa.. maunya lebih 7 kaki panjang ni.. 

    ReplyDelete
  6. kalau masuk ikut pintu belakang, ikna tu ada kat kolam dalam bangunan sebeelah kanan. 

    ReplyDelete
  7. istana tu kat kubang kerian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...