Monday, December 31, 2012

Memori sepanjang 2012

Assalamualaikum.. Hye..




Cuma ada beberapa jam je lagi kan sebelum 2012 berakhir.. Rasa macam baru je masuk 2012 nih, tup tup esok dah masuk tahun baru dah! Fuhhhh.. Kadang-kadang I suka tengok balik gambar-gambar lama dan senyum sorang-sorang.. Dan untuk pertama kalinya kat blog ni, I nak flashback memories sepanjang tahun 2012.. 


FEBRUARI

Tahun dan semester terakhir sebagai pelajar Sains dengan Pendidikan (SEP).. Tahun ni, kitorang as senior PSEPUM aturkan untuk buat family day kat Taman Tasik Perdana KL.. I was quite amazed actually, sebab ada hutan, I mean taman yang cantik dan kehijauan dalam bandar KL ni.. 


Taman ni dekat je dengan Masjid Negara, Stesen TV Alhijrah, Taman rama-rama, Taman Bunga Raya dan Planetarium negara.. Tu kali pertama I masuk Planetarium Negara, tapi bagi I, tak menarik sangat kot kecuali Teater 3D yang mampu buatkan korang loya dan nak termuntah, but worth it.,



MAC

My lovely adorable cute nephew, Muhammad Haziq Hayy was born on 16th March 2012.




The second bestie trip.. This time we went to Malacca pula.. Plan ni pun dalam masa 2 minggu je rasanya.. Nak tahu tak, sebenarnya tu first time I ke Melaka sepanjang hidup ni.. Hoho.. And I had fun! :)




APRIL

Ada satu hari I terbaca iklan tambang murah Airasia kat surat khabar.. Terus I mesej semua orang ajak bercuti ke Kuching bersama-sama and they agreed! A year later.....




MEI

Kali pertama kitorang berlima join dinner kolej bersama-sama ialah masa first year dulu.. Kali kedua dan terakhir pula ialah masa final year hari tu laa sebab tahun lepas kami berjaya (o.o) tinggal di kolej yang sama.. Hoho.. 




JUN


Korang rasa apa antara saat paling best bergelar pelajar?? Kalau terer cepat teka.. 


Tak tahu? Dah tentu laa hari terakhir peperiksaan sepanjang pengajian! Ya sepanjang pengajian.. Hehe.. Dan ia harus diraikan! Dengan melawat Mid Valley.. Hakhak..




JULAI


To be a teacher, we have to teach.. Eh?! Haha.. Suka hati je.. Bulan Julai ni I dah start praktikal kat SMK Assunta, PJ.. Kali pertama dengar nama Assunta, perghh berdebar! Tapi, bila dah beberapa minggu, I dah boleh adapt, tak ada dah berdebar tu.. Cuma fikir nak mengajar je.. Hoho.. Masa paktikal ni, I kena ajar subjek Matematik dan Kimia tingkatan 4..




OGOS

Raya tahun ni macam kurang meriah sikit sebab family tak cukup untuk bergambar satu keluarga.. Tapi, kenyataannya setiap tahun lebih kurang macam tu je.. Jarang dapat berkumpul ramai-ramai sebab masing-masing dah ada mentua, kena laa bergilir-gilir beraya di rumah mentua ye dakk.. Tak best.. :(




OKTOBER

Tadi I tanya apa antara yang best sepanjang menjadi pelajar, betul tak? Sekarang, apa saat-saat paling BEST sepanjang bergelar bergelar? Hah jawab jawab.. Hehe.. Nak tahu jawapannya?


Jeng jeng jeng..




Harus lah waktu konvokesyen! Bila satu keluarga ambil cuti untuk datang semata-mata untuk meraikan dan menyaksikan saat-saat kita ambil scroll atas pentas tu, perghh.. Sangat best dan bermakna.. 


DISEMBER

My 22nd birthday of course! 


Tanggal 28 Disember, 22 tahun yang lepas, telah lahir seorang baby perempuan yang comel ke dunia.. Hahahhaha :p





Akhir sekali, 

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Semoga 2013 lebih baik dari 2012..
Semoga azam yang ditanam menjadi kenyataan..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...