Thursday, December 6, 2012

Pesta remis di Pantai Irama

Assalamualaikum.. Hye..


Korang tahu tak apa tu remis? Atau tak pernah dengar pun?


2 hari lepas I bawa Hariz mandi kat pantai.. Masa sampai tu I pelik tetiba sebab ramai orang kat tepi pantai.. Pelik! Dah jadi macam pesta pula.. Rupanya mereka tu tengah kumpul remis!






Heii! Tak bagitahu kite pun.. Kite pun nak join juga.. Masa tu dapat kumpul 1/4 gelas minuman yang jumpa tepi pantai tu je sebab kutip satu-satu dengan tangan.. Orang lain dapat sebesen penuh! Ini tak boleh jadi!!




"Ma, jom maghi lagi esok bowok bakul"..


Petang semalam, lepas solat Asar, terus bersiap-siap bawa tuala, persalinan, DAN bakul yang ada lubang tu 3 biji dan baldi kecil.. Hek3..


Maka, misi 2 in 1 pun bermula.. Eh?! 2 in 1?? Alahh.. Misi mandi pantai dan misi kutip remis laa.. Dah bertahun I tak mandi pantai.. Nama je tinggal dekat dengan pantai, tapi selalu tengok pantai tuh jeling sipi-sipi je.. Hari ni, memang ready siap-siap bawa persalinan dan tuala sebab I nak mandi pantai! Yay!


Selalunya remis ni orang kutip kat tepi pantai tuh je.. Boleh rileks duduk duduk sambil korek pasir.. Kalau time musim dia, tak payah korek banyak kali pun tak apa, sebab bersepah je kat tepi pantai tu haa.. Tapi, masa I pergi semalam dah kurang daa, tak macam 2 hari lepas..


Nak tengok hasil pencarian kitorang? Tadaaa! 




Hampir separuh besen.. Nampak tak diorang tuh tengah terjelir-jelir? Haha 




Salah satu tips untuk keluarkan pasir dari remis ni ialah dengan rendamkan dalam air laut untuk at least satu malam.. 


Ada orang suruh rendamkan dalam air biasa, tapi pada pendapat I, disebabkan remis tu habitat asal dia dalam air masin, jadi bila kita rendam dalam air biasa, cengkerang dia takkan terbuka, jadi pasir takkan keluar.. Tapi kalau direndam dalam air masin, remis tu akan terbuka dan pasir yang terperangkap dalam cengkerang akan keluar.. Masuk akal kan? :D




Sekarang I tengah sabar menunggu semua pasir keluar sebelum boleh makan.. Tapi, harus lah kena masak dulu.. Bakar je senang.. :D

4 comments:

  1. wow..seronoknya!

    Could be yours? Have a look!http://qiostestblog.blogspot.com/p/our-products.html

    ReplyDelete
  2. Jeles eh.. Nasib laa.. Haha :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...