Thursday, November 29, 2012

Jom shopping di Zasya Wardrobe :)

Assalamualaikum.. Hye..


Apa khabar yo?! Sihat ke, tak sihat ke? 


Menghilangnya saya selama ini (cewah macam lama sangat kan :p) adalah ke Kuala Lumpur for a meeting.. Meeting apa? Hahh.. Itu yang I nak bagitau ni..


Sebelum tu, for teaser, tengok gambar-gambar nih kejap ok..








Dah tengok? Tahniah, anda sempat baca sampai ke tahap ini.. Hehe


Ceritanya macam ni.. Beberapa minggu lepas, kakak I tetiba ajak berbisnes pakaian muslimah.. Wow! This is like a dream come true nih.. Sebab sebelum ni I memang bercadang untuk mula bisnes cuma tak pasti macam mana nak mula.. Jadi, bila kakak I ajak, sudah tentu laa I cakap YA! Tapi, bisnes ni bukan cuma kami berdua, tapi dah jadi bisnes adik beradik sebab semua masuk share. Hoho


Jadi, minggu lepas bermula laa perjalanan bisnes kami.. I ke Kuala Lumpur sorang-sorang untuk berjumpa kakak I dan untuk beli stok jualan.. Part ni saya suka! Hehe.. Sebab I boleh pilih sendiri semua pakaian yang cun dan gorgeous untuk kamu.. 


Mula-mula bincang, ingat nak jual pakaian muslimah seperti jubah dan skirt je, tapi kami broaden sikit dan masukkan juga korean-style blouse yang comel dan gorgeous dalam list supaya pelbagai.. Lagipun, fashionista sekarang dah bijak mix-and-match pakaian mereka.. Betul? :)


Tapi, untuk mulakan bisnes, mesti laa kena ada nama kan.. So, I suggest Zasya, singkatan kepada Zaini, Azizah and Sya siblings, and my sis suggest Wardrobe.. Jadi, muncul laa Zasya Wardrobe.. Yay!




Dalam banyak-banyak koleksi kami, I paling suka Jubah Elegant sebab materialnya daripada high quality cotton dan sangat selesa dipakai.. Serius! Jubah ni ada 3 saiz (36, 38, dan 40) dan 3 warna (hitam, kelabu, pink).. Pasal labuh, jangan bimbang sebab I yang tinggi 163 cm ni pun boleh pakai tanpa bimbang singkat ke apa.. Butang kat depan tu pula bole buka untuk longgarkan sikit bergantung pada korang..


Selain tu, kami dah tambah stok jubah baru dan denim palazzo yang memang cantik.. Stay tune ok? Nanti I update keseluruhan koleksi.. Tak sabar.. Hehe


***************

Ya! I mahu cuba untuk jadi businesswomen.. Jadi, boleh tak pleaseeeee sokong I dengan LIKE page ni >> Zasya Wardrobe?? Please...... O.O 


Walaupun page tu masih under construction, tapi korang dah boleh mula order dengan isi order form kat sini https://www.facebook.com/zasyawardrobe/app_208195102528120 atau emel kami di zasya.w@gmail.com dan beritahu nama, alamat, emel, no telefon, maklumat item (nama item, warna dan saiz).. 


Terima kasih.. Anda memang hebat! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...