Tuesday, October 16, 2012

Cara mudah daftar haji..

Assalamualaikum.. Hye.. 


26 Oktober 2012 ni Raya Haji.. Dah tahu?? Bagus laa.. Bab cuti, laju je kan korang.. :p


I pasti mesti ada ahli keluarga korang yang pergi menunaikan haji tahun ni kan? Harapnya mereka pergi dan pulang dengan selamat.. Amin.. Alhamdulillah rezeki mereka.. Entah bila  pula rezeki kita.. 


Setiap kali kalau I tengok rancangan pasal haji, perasaan untuk pergi haji tu masyaAllah membuak-buak.. Rasa sayu pun ada, entah kenapa.. Niat nak daftar haji memang dah lama ada, tapi dulu-dulu rasa macam, "Ahhhh.. Aku umur muda lagi, duit pun belum ada.. Macam mana nak pergi haji.. Nanti dah kerja lah baru daftar.. "


Rupanya...


Apa jadi bila dah besar panjang macam ni baru daftar haji??




Tahun 2053 baru boleh pergi haji! Seriously??! :'( 


Tapi, kadang-kadang tahun peruntukan nih untuk rujukan je.. Kalau ditakdirkan rezeki kita datang cepat, sebelum 2053 pun dah boleh pergi, insyaAllah.. Semuanya dengan izin Allah, betul tak?


Walaupun macam tu, I still think, it's best untuk korang daftar haji sekarang.. Lagipun, proses untuk daftar haji nih sangat cepat! Sangat sangat cepat.. 1 minit pun tak sampai rasanya.. Apa yang perlu korang bawa cuma buku akaun Tabung Haji.. Serah buku akaun dekat pegawai bertugas, dan dia akan bagi slip macam kat atas ni.. Dah siap! Nama korang akan automatically termasuk dalam senarai, insyaALlah.. :)


Tapi, I tak pasti berapa jumlah minimum yang perlu ada dalam akaun korang untuk membolehkan korang daftar haji ni.. Ma I cakap, sebelum ni perlu ada at least 1k dalam akaun baru boleh daftar haji.. Erk! Banyak jugak kan.. Tapi sekarang tak tahu lah kot kot dah berubah.. Pak cik Google kan ada untuk bertanya.. (^.^)

2 comments:

  1. wah..kalau 2053 tu umo berapa tahun plak dah tu ? huhu..
    hope dimurahkan rezeki awak.. ^_^

    btw,jaja dah follow awak...meh la ke blog Jaja pulak..
    ade GIVEAWAY dengan hadiah yg menarik2..
    jom tengok..

    http://www.jajasutera.com/2012/10/giveaway-love-collection-by-jaja-sutera.html

    ReplyDelete
  2. tu laa.. kalau 2053, maunya umo 60+ baru boleh pgy.. huhu 

    t.kasih jaja sutera2.. :)
    insyaALlah saya join..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...