Sunday, August 5, 2012

Adam dan Hawa ~ Dari novel ke drama bersiri.. (^.^)

Assalamualaikum.. Hye..




Eh?? Eh?? Sejak bila Aaron Aziz jadi pilot nih? Dia dah tukar kerjaya ke? Aaaa.. Hensemnya.. *Daydreaming* :p




Aikk? Norman Hakim pun?? Sejak bila?? Sejak bila?? 






Korang pernah baca novel Adam dan Hawa tulisan Aisya Sofea? Femes kot novel tu.. I dah ulang baca 2,3 kali kot.. Walaupun I jarang ulang baca novel, tapi novel nih tetap menarik hati, tak kisah dah baca 2, 3 kali pun.. 




Dan, sekarang ni, diorang nak jadikan pula novel Adam dan Hawa menjadi drama! Wohooo!! Pagi-pagi dah senyum lebar ni.. Lagi-lagi bila Aaron Aziz yang pegang watak Adam mukhriz Gellespie.. Si pilot itu.. Tehee~


Drama Adam dan Hawa nih akan mula disiarkan pada 27 ogos ni di Astro Mustika HD, pukul 9 malam (??!).. Ada 80 episod semuanya.. Wahhh.. Tak sabarnya nak tengok.. (^.^) 


TAPI! I tak ada Astro, apatah lagi Astro Mustika.. Apatah lagi Astro mustika HD! :'(


Kepada sesiapa yang langgan Astro mustika HD, tolonglaaaaaaaaaaaaaaa.. Tolong laa upload kat Youtube.. Kesian kami insan yang tak berkemampuan.. Nak sangat tengok drama nih.. :'(


........................................................................................................

SINOPSIS ADAM DAN HAWA



Mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadikan milik kakakAdam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.



Semasa Ain bekerja di tadika tu lah Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan sukakan Adam (kiranya macam cinta pandang pertama jugak la). Adam pula seorang pilot syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala playboy sikit.


Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela.


Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. Mereka berkahwin jugak, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tak boleh menerima Adam sebagai suami.


Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tak mau terima Adam.Apabila mereka pulang ke Malaysia, Ain dan Adam kerap jugak keluar bersama dan cinta mereka kembali bertaut.


Kesudahan dalam novel Ain dan Adam bersatu jugak akhirnya setelah sekian lama terpisah, dan mereka dapat anak perempuan. [Sumber]

14 comments:

  1. ade gak tgk iklan dia. hihihi
    tak sempat baca lg novel tu.
    takpe la. tgk citer dia je la nnt :))

    ReplyDelete
  2. hehe novel dia bez.. harapnya cite dia nnt bez jugak.. :D
    tp frust jgak sebab dia tayang kat mustika HD je.. huhu

    ReplyDelete
  3. fuhh..dah baca novek ni mmg best..hope drama ni lbh best dr novel..

    ReplyDelete
  4. bituin walang ningningSeptember 3, 2012 at 11:09 PM

    aq nger cerita dr spupu novel adam&hawa best sngat2...lebi2 lg dia uda da drama bestnya drama adam&hawa nie....lau leh kn tolong la siar kn lak kat tv2 bab aq ndak da astro.....nie!!!

    ReplyDelete
  5. Crita nie meme best.....dan sdih gila ar........

    ReplyDelete
  6. mmg best.. kamu boleh download adam & hawa ni dr internet je.. saya pun xde astro HD..

    ReplyDelete
  7. kan?? lg best drama dia tuh mostly sama dgn dalam novel.. hehe 

    ReplyDelete
  8. terharu betul tgk cerite nii..

    ReplyDelete
  9. Takde mslh dgn genre tp akhir-akhir ini drama melayu lebih berunsurkan kisah suami dan isteri yg berkahwin tp xde rs cinta pada awalnya......buku novel jg kebanyakkan mempunyai jalan cerita yg agak sama dimana mudah untuk dijangka dimana klimaks dan ending......blm jmp novel yg benar-benar hebat.....ada idea tak buku yg sehebat lagu kumpulan Ungu "Cinta Dalam Hati".........

    ReplyDelete
  10. sungguh menarik cerita adam dan hawa ini 

    ReplyDelete
  11. mmg drama lg best.. :D

    ReplyDelete
  12. terharu dgn adam? hehe :D

    ReplyDelete
  13. kebanyakan drama mcm tu adaptasi dr novel yg kebanyakan jalan ceritanya mmg mcm tu.. tapi sy rasa cerita mcm tu lebih baik dr cerita hantu yg merepek2 skrg ni.. huhu 

    ReplyDelete
  14. aah.. sampaikan tak nak miss satu episod pun.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...