Sunday, July 22, 2012

Pengalaman buruk sepanjang latihan mengajar..

Assalamualaikum.. Hye.. 




Kepada semua Muslim readers and bloggers, dalam kesempatan ini, (dah macam nak bagi ucapan pula) I nak ucapkan, selamat menjalani ibadah puasa sempena bulan Ramadhan ini.. Sempena kedatangan Ramadhan ni,   jom kita sama-sama perbanyakkan amalan sunat kita.. Semoga Allah menerima setiap ibadah yang kita lakukan.. Amin.. 


************

Berbalik kepada cerita asal, mungkin ada yang dah tahu sekarang ni I dah jadi orang semi-dewasa.. Eh?! Orang semi-dewasa?? Orang dewasa pernah lah dengar tapi semi-dewasa? Ok ok.. Tak payah pergi cari kamus dewan atau kamus Oxford, memang takkan jumpa punya.. Hoho.. 


Meh I terangkan dengan rela hatinya.. Bila seseorang dah mula kerja, automatik dia dah masuk fasa orang dewasa kan.. Hehe.. Tapi I belum secara rasminya bekerja lagi, cuma tengah menjalani latihan mengajar di SMK Assunta.. Kira macam semi-dewasa lah kan? Tehee~


Jadi, hari Jumaat lepas, lecturer I datang buat pertama kalinya untuk observe I mengajar kelas Matematik.. Punya laa berdebar, gelabah, semua ada.. Entah laa kenapa.. Padahal dah hampir 4 minggu kat situ, tapi bila ada orang nak datang observe terus jadi gelabah.. Nak buat lesson plan kemain fikir lama.. Siap praktis lagi apa yang nak ditulis, apa yang nak dicakapkan, apa yang perlu buat dulu dan kemudian.. 



Tapi..


Bila tiba hari kejadian, semua perancangan hancur! T_T Pagi tuh, cikgu Math bagi I alat bantu mengajar (ABM) baru untuk digunakan sebab dia tahu I nak ajar topik ni.. Jadi, I terpaksa fikir balik macam mana nak sesuaikan teaching aid tuh dengan apa yang I dah rancang.. Memang ABM tuh memudahkan.. I'm glad she gave me that.. 


I juga terpaksa praktis balik menggunakan ABM baru tu.. Lesson plan pun kena print baru.. Tercari-cari pulak student, nak tanya sama ada dia dah fotostat untuk semua orang worksheet yang I bagi.. Pagi tuh pulak ada potluck sempena kedatangan Ramadhan.. I makan laa dulu sebab dah lapar sangat.. Makanan pulak banyakkk dan sedappp.. Haishh..


Bila dah pukul 11, tengok tengok lecturer dah datang, padahal I belum print pun lagi lesson plan baru tuh.. Jadi, kena pergi jumpa lecturer dulu, borak-borak.. Mintak diri kejap, terus print dengan gelabahnya.. Nasib baik sempat..


Tapi.. 


Bila masuk kelas, bila dah mula mengajar, banyak yang tak kena.. (T_T) I speaking lintang-pukang, soalan student I tak boleh jawab sebab otak I dah blank tak boleh nak fikir apa.. I jadi termenung kejap sebelum jawab.. Jawapan I pun macam tak menjawab soalan pun.. Semalam bila otak dah tenang balik, baru I terfikir balik apa jawapan yang sepatutnya I bagi.. Lepas tu, worksheet tuh pulak tak sempurna.. Lukisan tak accurate.. Dengan selambanya lecturer I tegur depan semua orang tentang tu.. I tergamam.. Yang dah blurr, makin blank.. I was so upset.. 


Tapi, alhamdulillah, students I memahami situasi I.. Most of them behave themselves, even though it was the end period.. Sebab biasanya kelas hari Jumaat, semua orang nampak macam dah tak bersemangat, semua nampak penat.. Tapi, semalam diorang tahan penat.. Bila I mintak volunteer pun, ada yang sudi volunteer happily.. Thank you my students! I appreciate your efforts to help me.. :')


************

Yes I know I did badly.. Tapi, apa yang I belajar dari pengalaman lalu, walau seteruk mana pun apa yang kita buat, selagi kita dah beri our best effort, jangan pernah putus asa minta pertolongan dari Allah.. Jangan pernah.. Sebab Allah yang Maha berkuasa atas segala sesuatu.. I berdoa semoga Allah lembutkan hati lecturer I untuk berikan markah terbaik untuk I.. Dan kalau ada rezeki I, insyaAllah it will be mine.. 



So, my dear friends, bloggers, readers, I really hope you will pray for me too.. Thank you.. :')



Nota kaki: Minggu depan insyaAllah dia datang sekali lagi untuk penilaian akhir.. And this time, he will observe me teaching Chemistry! The scariest subject untuk diajar dalam abad ini.. What makes it even scarier is bila dia sebenarnya pensyarah Gred A untuk Kimia!! I need to prepare myself kaw kaw punya.. Harapnya I will do better this time.. InsyaAllah.. 

4 comments:

  1. Good luck!!
    Do the best!!
    You can do it!! XD

    ReplyDelete
  2. tq Razil Tahir.. :)

    ReplyDelete
  3. Ahaks. Pengalaman yang agak best diingat tapi perit dilalui olh guru2 praktikal..Sy pon tengah praktikal skg...so, sy faham sangat kegelabaan cik punya blog. Huhu.


    Tapi yang tak sedap dengar, lecturer tu tegur cikgu depan student2...Bukan ke sepatutnya segala komentar lecturer selepas p&p? Untuk jaga maruah cikgu then mengekalkan perasaan hormat student dengan kita....i really can't accept that la..

    ReplyDelete
  4. Aah.. Pengalaman tu memang akan diingati laa.. Gelabah punya pasal, semua tak menjadi.. Huhu 

    Yang ditegur tuh, mungkin niat dia baik.. Dia bimbang students ada misconception nanti.. Cuma sebab silap tuh datang dari kita, memang agak tergamam juga.. Segan dengan students.. Tapi, biar je laa benda dah berlalu.. Huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...