Sunday, July 22, 2012

Kembara mencari juadah berbuka

Assalamualaikum.. Hye..


Alhamdulillah tahun ni kita berkesempatan lagi untuk berpuasa ramai-ramai di bulan Ramadhan.. Walaupun sedih jugak laa sebab tahun ni tak boleh berpuasa kat rumah..


Bila dah di perantauan macam ni, bersahur memang sangat simple.. Kalau bukan dengan oat krunch coklat + air kosong, nestum coklat + milo + oat krunch.. Kalau rajin sikit, tengok lah macam mana.. Bersahur dengan Nestle Fitness + milo ke.. Yang tu kira dah rajin sangat lah tu.. Hehe..




Yang paling penting sepanjang berpuasa nih, banyakkan minum air kosong.. Selalunya I minum tak kurang 1 liter setiap pagi time sahur.. Alhamdulillah setakat ni tak pernah kelaparan yang teamat lagi walaupun bersahur simple..




Tapi, waktu berbuka semalam kira agak sadis arr.. Selalunya sebelum bulan puasa, kalau turun pukul 7, ada lagi kedai yang bukak.. Semalam kitorang turun lebih kurang pukul 7 nak beli makanan kat cafe kolej 12.. Tiba-tiba terserempak dengan 2 orang ni.. Dia cakap semua kedai kat 12th tutup! Sebab budak asasi tengah bercuti sekarang.. Ceh!! 


Maka, kitorang pergi kolej 11 pulak.. Sebab dia kata ada 1 kedai yang bukak.. Sampai je sana, tengok ramai orang.. Padahal dah pukul 7.20 kot.. Alih-alih, balik ke bilik, ambil kunci kereta, terus pergi bazar Kerinchi.. Ngam-ngam dah siap beli makanan, terus dengar azan.. Kira berbuka dalam kereta dengan air kosong je laa dulu.. 



Tsk tsk.. Tak apa.. Tak apa.. Hari ni tengok laa.. Pukul 6 kitorang dah terpacak kat bazar Kerinchi tuh.. Hek3.. 


Nota kaki: Selamat berpuasa.. :)

2 comments:

  1. BlogshoppingcentreJuly 22, 2012 at 5:39 PM

    selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. t.kasih.. selamat berpuasa juga.. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...