Saturday, July 7, 2012

[Tips] Cara memberus gigi dengan betul



Assalamualaikum.. Hye..


Pernah tak perhatikan gigi seseorang bila dia tengah bercakap ke tengah gelak ke, nampak ada sisa-sisa makanan dekat celah gigi.. Tak pun, nampak ada warna kuning kat gigi.. Bukan gigi dia yang kuning, tapi macam ada sesuatu yang melekat kat gigi.. Tuh orang panggil plak gigi.. Eww.. Sah orang ni tak berus gigi dengan betul..


Benda-benda macam tu lah yang sebenarnya menyebabkan nafas berbau.. Sebab bakteria dah beranak pinak dalam mulut.. Entah-entah siap bercucu-cicit bagai dah.. Salah satu sebab bakteria tuh boleh berumah tangga dalam mulut kita, sebab kita tak berus gigi dengan betul! Ya.. Berus gigi pun ada teknik tahu (?)..


Masa kecil-kecil dulu, kita diajar untuk berus gigi secara melintang kan.. Ke depan ke belakang secara lurus.. Tapi gigi kita nih bukannya berbentuk segi empat lurus untuk diberus macam tuh.. 


Nak tahu cara memberus gigi yang betul?? Jom tengok video nih..




Secara asasnya, apa yang kita perlu buat bila gosok gigi, letakkan berus tuh 45 darjah dari permukaan gigi antara gusi dan gigi.. Paham idokk? Maksudnya hujung berus tuh haruslah berada di celah-celah antara gusi dan gigi sebab kat situ laa plak terbentuk, dan kedudukan berus gigi harus lah pada sudut 45 darjah.. Tengok gambar nombor 1 kat bawah ni..





Selain tuh, plak gigi bukan ada kat depan gigi je tau.. Kat belakang gigi pun.. Jangan ingat orang nampak gigi kita bahagian depan je, jadi kita gosok bahagian depan je lah.. Hohh! Pastu kat belakang gigi berkulat.. Eww.. Berus lah belakang gigi tuh sekali.. Cara dia sama macam nak gosok depan gigi..


Satu lagi, bila berus gigi tu, berus in circular motion.. Tak perlu sental kuat-kuat sangat pun.. Berdarah gusi nanti.. Lagi haru kalau dengan gigi sekali tercabut.. Tsk~


Apa lagi ekk? Oh! Kalau nak beli berus gigi, pilih berus yang lembut.. Paling ganas pun pilih yang medium je.. Hujung berus tuh pulak, pilih yang runcing untuk digunakan masa berus belakang gigi atas.. Macam dalam gambar 4.



Ok?? Faham?? Selamat beramal.. :)



Nota kaki: I mula berus gigi macam ni 2 tahun lepas selepas 1 kumpulan TITAS present pasal ni.. It was a very useful information.. Lepas I gosok gigi macam ni, tak ada dah rasa macam ada benda melekat tebal tebal kat gigi.. :D

3 comments:

  1. http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/giveaway.html
    mari join sini..banyak hadiah menarik...rugi kalu x join tau..hihi..

    ReplyDelete
  2. thanks for the info sis!

    ReplyDelete
  3. Ur most welcome.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...