Monday, May 7, 2012

Percutian keluarga ke Kuching, Sarawak - Part 2

Assalamualaikum.. Hye.. 



Sebelum ni I pernah cerita I dan keluarga ke Kuching kan.. Alaaa.. Yang dulu tu.. Yang dulu dulu tuuuuu.. Ye ye I tau dah lama sangat I tangguh sampaikan korang pun dah lupa.. Kalau ada kucing tengah mengandung masa tu, sekarang dah bercucu cicit agaknya kucing tu.. Tsk~


Hari kedua kami kat Kuching.. Bangun bangun pagi, terus kena kerah pergi mandi sebab van akan datang ambil kitorang pukul 9 untuk breakfast.. Dah laa I yang selalu paling lewat mandi, tapi I juga yang paling lama bersiap.. Tsk.. 


Hari tu, kami dibawa breakfast ke Kopi O' Corner.. Kedai nih pernah masuk TV okeh.. Siap terpampang dekat kaunter, plag (apa benda entah namanya yang gantung tuh) Jalan-jalan Cari Makan TV3.. Kira femes ar kafe nih.. Nak confirm femes ke tak, tengok r jumlah pelanggan yang memang ramai gle.. 




Eh.. Tak termasuk laa pulak gambar pelanggan yang ramai tuh.. Layan gambar I sorang pun cukup laa kan.. Hehe.. I dengan kakak I, kononnya nak makan makanan Sarawak laa.. Dah kata datang Sarawak kan, wajib laa rasa Mee Kolok Sarawak.. Mee kolok ni lebih kurang mee berkuah sup tulang..


  

Dah kenyang.. Destinasi seterusnya ke Kampung Budaya Sarawak.. Kampung Budaya Sarawak ni agak jauh sebenarnya dari Kuching.. Kalau tak silap, lebih kurang sejam jugak kot.. Dalam perjalanan tu, boleh nampak Gunung Santubong yang katanya bentuk macam muka manusia.. 




Tapi kan, bayaran masuk ke Kampung Budaya Sarawak nih boleh buat orang sakit jantung tahu?!! Dah laa pergi beramai-ramai.. Bila sampai tempat beli tiket tuh, baru kitorang tahu harga tiket ialah RM 60 seorang untuk orang dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak! Pheww.. Nasib baik I dalam tanggungan lagi.. Selamat.. :P




Sebenarnya harga bayaran tuh agak berbaloi sebab pengalaman ni tak ada kat tempat lain.. Kecuali kalau korang rajin nak masuk kampung-kampung setiap budaya kat Sarawak ni.. Whoaa! 




Masa masuk kampung ni kan, kita akan diberikan satu buku passport hijau.. Jadi, dekat setiap rumah yang korang lawat nanti, korang boleh minta diorang cop pasport korang.. Boleh laa kumpul buat show off dekat kawan-kawan sekolah nanti.. Hikhik..




Di setiap rumah di Kampung Budaya Sarawak nih, kita akan nampak ada orang-orang tempatan yang pakai pakaian tradisional bagi setiap kaum tengah buat aktiviti harian suku kaum mereka.. Oh! Tapi, 2 orang kat atas nih bukan orang tempatan Sarawak ye.. 3 orang kat bawah ni pun bukan.. Hehe..




Yang paling I ingat, dekat rumah ladang orang Cina, Chinese tu terangkan pasal lada hitam dan lada putih.. Dia cakap, "Tak ada pokok lada hitam, tak ada pokok lada putih.. Cuma ada satu jenis pokok lada hitam".. Slanga dia tu boleh buatkan terngiang-ngiang dalam kepala satu hari.. Hehe..




Dekat Kampung Budaya Sarawak ni jugak, kita boleh tengok persembahan tradisional masyarakat Sarawak seperti tarian Iban, tarian Melanau.. Persembahan ni ambil masa lebih kurang 45 minit.. Walaupun bunyi macam lama, tapi tak bosan pun.. Lagi-lagi bila ada penari yang hensem.. Muahaha! Terlebih sudaa~


Destinasi ketiga ialah Muzium Kucing.. I cadangkan tempat ni sebab kononnya anak-anak buah I tuh peminat kucing..  Tapi I bagi amaran awal, tiada kucing hidup akan dijumpai di Muzium Kucing ni! Yang ada cuma replika kucing dan lukisan-lukisan kucing.. 




Tiada bayaran masuk dikenakan untuk masuk dalam mulut kucing ni, tapi kalau nak guna kamera, caj sebanyak RM 3 perlu dibayar..




Danish yang ke'hepi'an tengok cat.. Hehe 




Tapi awas! Walaupun tiada kucing hidup dijumpai, tapi pencuri kucing tetap akan ditangkap tahu! Kalau tak bernasib baik, akan digantung untuk pameran.. Macam cat burglar dalam gambar kat atas nih.. Hoho.. Femes kau pencuri masuk blog aku.. Tu pun kalau blog aku femes laa.. :P





Ma Abah yang tercinta.. :)




Nih dekat Kuching Waterfront sebelah Sungai Sarawak.. Kat belakang tuh ada cruise boat kalau korang nak menyelusuri (cewah ayat bahasa melayu habis.. :P) sungai Sarawak.. Tapi I tak ingat harga tiket.. Selain tu, kalau korang berani, boleh laa bayar 50 sen untuk naik sampan ke seberang.. Mencabar jugak tu.. Tapi, kitorang memang takkan punya.. :P




Berhadapan dengan Kuching Waterfront ni, ada sederet panjang kedai-kedai yang jual kraftangan dan barangan cenderamata.. Kalau nak cari dalam Google Map, sila taip Main Bazaar Kuching, harus jumpa.. :P


Hari kedua nih, dalam pakej pengangkutan kitorang, sampai pukul 6 je (9 jam).. Jadi, malam tu, abang-abang ipar I pergi beli nasi dan lauk kat bawah, dan kitorang makan beramai-ramai kat rumah..  :)

9 comments:

  1. waa....cantik2.....tuan pnya badan pn cantik.....hehehe...jum pg sama2 nanti......awk bwk sy k...wink3....

    ReplyDelete
  2. haha terkejut tgk nickname.. extreme sgt.. :p 

    jom2.. saya bwk awk ke kuching.. awak bwk saya ke london.. yahuuu! :p

    ReplyDelete
  3. insyaallah boleh....hehe...kalo sy jd hubby awk la...hehehehe....
    :D...
    masih solo?heheh

    ReplyDelete
  4. erk!!! insyaAllah.. sy solo utk sorg je.. :p

    ReplyDelete
  5. errrr....mksudnya?

    ReplyDelete
  6. teringin sangat nak jejak kaki kat sana !!

    mintak mintak lah dapat g sana 

    kami follow blog ni
    dari group "port blogger"
    belog ni, amal tengok tak ade HEARTBEAT
    HEARTBEAT tu macam nuffnang, boleh dapat duit even dengan blog
    meyh tengok tuto yang amal buat
    http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/cara-daftar-heartbeat.html
    *tak ganggu status BE nuffnang

    ReplyDelete
  7. insyaAllah 1 day cik amal pun akan sampai sini jugak.. :) 

    ReplyDelete
  8. Sis leh tak share ttg service apartment ariva tu..... ktorg pun g ramai satu family ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...