Tuesday, April 17, 2012

Tips bercuti di Kuching, Sarawak [Part 1]

Assalamualaikum.. Hye..

Setelah beberapa hari I peram cerita ni, hari ni kena luahkan jugak.. Tak kira.. Tak kira.. Nanti basi berkulat habis tak laku.. Ni cerita yang cuti midsem hari tu lagi.. Sebenarnya, I baru je balik dari bercuti dengan keluarga I di Kuching, Sarawak 2 minggu lepas.. (Eh memang dah lama rupanya aku peram cerita nih T_T) Kitorang pergi hari Rabu 4 April, balik hari Sabtu 7 April.. 4 hari 3 malam je.. Tapi, seriously seronok weyh!


Mau tak seronok bila ma, abah, kakak-kakak, anak-anak buah semua berkumpul sama-sama??! Kak Long je tak dapat pergi.. Berkumpul sambil bercuti nih sebenarnya lain sikit feeling dia berbanding berkumpul dalam rumah je.. Lagi syokkk punya.. Hehe..


Sebenarnya, nak pergi Kuching nih dah lama dah plan.. Sejak setahun lepas lagi! Masa tuh, Abah tengah baca surat khabar.. Tiba-tiba terbelek part iklan Airasia yang gila punya murah.. I pun apa lagi, memang tak lepas peluang punya.. Terus ajak Ma Abah pergi bercuti.. Bila dah dapat persetujuan, I terus mesej Kak Long, Kak Ngah, Kak Chik ajak bercuti sekali.. Hehe..


Tapi tu setahun lepas.. Pejam celik pejam celik, rupanya dah masuk bulan April! Sebelum pergi Kuching, I balik bercuti kat rumah kejap 29 Mac tu.. 3 April tuh naik bas balik KL.. Sakit munggung oii duduk dalam bas 10 jam.. Ma Abah I rileks je naik flight petang tuh.. Heh..




Poyo je budak nih naik bas pakai spek hitam.. Silau arr nak tidur di siang hari.. Kurang nikmat tidur I nanti.. Hehe..


********


Flight nak pergi Kuching nih ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit je dari LCCT.. Dan disebabkan kitorang pergi sekeluarga, semua 11 seat kitorang conquer yoo! Dah laa ada 2 seat kosong sebab Kak Long dengan abang ipar I tak dapat ikut.. Ngeh3.. 




Satu lagi, korang tahu tak makanan dalam flight tuh adalah mahal? Mahal 2, 3 kali ganda kot daripada harga biasa.. I memang takkan pernah beli punya makanan dalam flight kecuali kalau ada orang sanggup belanja.. Contohnya, macam Kak Chik I yang belanja set nih.. Memang laju je laa I cakap nak.. Hehe.. (Kak Chik, if you read this, thank you.. Lain kali boleh belanja lagi.. hehe)




Tandoori tuh sebenarnya tipu je.. Set yang sebenar ada 2 keping sandwich besar yang boleh tahan sedap, air soya HomeSoy, dan Pringles mini.. Harga dia RM 15.. Mahal?? Murah?? 


Sampai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, terpelik kejap sebab ada pemeriksaan imigresen.. Nama pun Antarabangsa kan, harus lah ada pemeriksaan imigresen.. Tapi, untuk pelancong tempatan dari semenanjung, dia bagi slip imigresen je.. Slip tu wajib disimpan untuk pemeriksaan imigresen masa keluar dari Kuching nanti.. 


Soal pengangkutan, memang dah tak perlu bersusah payah nak cari dekat airport, sebab kakak I dah tempah pakej pengangkutan awal-awal dari ZamTransportation.. Kiranya, masa kitorang sampai kat airport, dah ada orang yang menunggu dengan van kuningnya.. 


********


Hari pertama, tak ada ke mana-mana pun.. Dalam pakej pengangkutan tu pun, hari pertama dia cuma hantarkan kami ke tempat penginapan.. Oh! Dekat sana, kitorang sewa 1 apartment 2 bilik di Ariva Gateway Kuching.. Service apartment ni sangat selesa dan ada banyak kemudahan disediakan.. 


Contohnya, dapur dan peralatan memasak sekali dengan pinggan mangkuk sudu garpu semua ada.. Dalam tandas, ada disediakan mesin basuh dan pengering juga.. Pengering tuh sangat berguna oke! Lagi-lagi bila ada kolam renang yang sangat best di rooftop tingkat 16! Weee~!! 




Sepanjang 4 hari kitorang kat sana, 3 hari berturut-turut kami sekeluarga naik ke kolam.. Hehe.. Sebab tu I cakap mesin pengering tuh sangat berguna.. Kalau tak, mana sempat kering semua pakaian mandi yang basah tu.. 


Kolam renang dekat Ariva Gateway ni sangat best sebab dari situ kita boleh tengok pemandangan kota Kuching.. Disebabkan kolam renang ni dekat tingkat atas, air dia sangat laa sejuk ditambah dengan keadaan berangin.. Sampai menggigil gigil.. Lagi best, bila waktu sunset.. Cantik sangat subhanallah.. 


********


Makan malam hari pertama dekat Topspot Seafood Food Court.. Mulanya tercari-cari juga Topspot Seafood ni.. Sebab sepatutnya berdekatan je dengan apartment.. Rupanya?? Betul-betul sebelah apartment kami! 2 minit je kot berjalan dari apartment.. 



Di food court ni ada banyak kedai makan boleh dipilih.. Pilihan kami, kedai ABC kat belakang tu.. Kakak I cakap, kawan dia yang rekemen.. Tapi, bagi I kurang sedap sangat laa.. Sebab udang celup tepung dia manis! Lagi satu, bila kitorang duduk je, ada 2, 3 orang dari kedai yang berbeza akan datang untuk ambil order.. Jadi, jangan terus order je.. Tanya dulu diorang dari kedai mana.. 




Perut pun dah kenyang, masa untuk balik tidur dengan nyenyaknya!


Nota kaki: Dah panjang sangat dah ni.. Termuntah hijau nanti korang baca banyak-banyak.. Hehe.. Sambung part 2 pulak nanti.. 


Nota kaki II: I memang jakun.. Dah 21 tahun hidup kat bumi Malaysia, tapi ni baru kali pertama jejak kaki ke Borneo..

19 comments:

  1. waa...untglaa dapat pg sarawak.....hehe..lawa pkai spek itam....heehehe

    ReplyDelete
  2. ok laa.. tq "linda"..

    ReplyDelete
  3. I went there few weeks ago :) first time juga..
    Jemput datang ke Sabah :D 

    ReplyDelete
  4. i went there 2 weeks ago.. hehe 
    we were planning to go sabah act, tp tiket tak murah masa tu.. next time kalau airasia offer great deal lg, saya nak pergi sabah pulak.. :)

    ReplyDelete
  5. best kot leh jln2 melancong ngan famili.. sy ni semenanjung pn x abes jejaki.. borneo lagi la kan.. hehehe

    ReplyDelete
  6. mmg bez.. hehe.. tp saya pun x abes lg jln2 kat semenanjung.. :D

    ReplyDelete
  7. nice meet u here...always success for u...

    ReplyDelete
  8. Thanks ... Chenta pun thengah usha2 Xtvt kat Kuching ni ... 1st timer ni
     
    ^___^

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah Syarafina..
    insyaAllah bulan 11 ni saya akan ke kuching..saya ada survey2 berkenaan ARIVA ni..kalau boleh awak bagitau berapa ye rate 1 malam utk apartment 2 bilik tu..dan tentang peralatan dapur tu..mmg ada dan bolehla ye kalau nak main masak2? heheh..

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Nice pictures for the Kuching trips. I wonder have you ever try for Sarawak River Cruise, yang dekat Kuching Waterfront punya. Menyusuri sungai Sarawak dengan menaiki sampan atau boat besar adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan juga. 

    Ivan Jonani,
    https://www.sarawakborneotour.com/P/20/Sampan-River-Cruise-with-Kuching-Tour-4D3N

    ReplyDelete
  11. thank you Ivan.. we didn't try it last time because of some reasons.. but maybe i'll try nanti kalau ke sana lagi.. 

    ReplyDelete
  12. Perkhidmatan kereta sewa 012-8989034 (mahadir)

    ReplyDelete
  13. salam, zam transpot tu berapa caj nye

    ReplyDelete
  14. salam.. kos transportation ni bergantung kpd berapa hari kita nak sewa.. mcm saya dulu, kalau tak silap rm610 untuk 4 hari.. 
    cik sarimah boleh klik link Zam Transportation utk maklumat lanjut.. :)

    ReplyDelete
  15. erm mmg mahal ek klau ke sabah ngn sarawak dari segi sewa transport..lokasi lain yg menarik x g ker..?

    ReplyDelete
  16. hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak..KALAU NAK,I SUGGEST: rm150 utk 6jam sekali kereta proton waja n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, SPERTI ::

    1; kampung budaya

    2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)

    3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..

    4:wind cave, fairy cave ,

    5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)

    6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,

    7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,

    8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..

    BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..

    sorry SYARAFINA, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME ,IF INTERESTED

    0149957036

    Adam.

    facebook : chreez_devil88@yahoo.com

    ReplyDelete
  17. salam,kami nk pegi seramai 11 org ingat nak sewa kat 1 apartment 2 bilik yg u ckp 2,tpi takut juga pihak hotel x benarkan...tpi dlm u punye story,u hanya sewa 1 apartment jerr 4 ur family so diorang benarkan ke??tqvm

    ReplyDelete
  18. wan: so sorry lambat sgt reply. mungkin by now, u dah balik dari sana pun, but i'll still reply k.
    kalau ikut standard rule sepatutnya tak boleh rasanya. tapi masa check in, cuma seorang yang uruskan urusan check in.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...