Wednesday, March 21, 2012

Haziq Hayy the hero! (^_^)

Assalamualaikum.. Hye..


Lamanya I menyepi.. Bukan sebab busy.. Tapi, idea untuk susun ayat kering kontang.. Tandus.. Kemarau.. Hahh sudah.. Baru mula menulis dah melalut.. Tak boleh jadi nih..


Sejak akhir-akhir nih naluri keibuan I membuak-buak sungguh.. Rasa macam esok nak kahwin, lusa nak anak terus.. Boleh tak macam tu? Kehkehkeh.. Ni semua gara-gara baby comel ni lah! 




Bahagia sangat tengok baby comel ni.. Rasa macam nak cium cium je sepanjang masa.. Tapi apakan daya, Che Su tengah selsema sekarang.. Takut terjangkit dekat baby.. Kesian dia nanti.. 


Sebenarnya ni anak sulung Kak Long I.. Dia bersalin 16 Mac haritu kat Pantai Medical Center.. Untung laa hospital tu dekat dengan UM.. Senang I ulang alik dari kelas masa menunggu Kak Long I bersalin.. 3 hari kot dia dalam labour room.. Baby nih seronok sangat kot duduk dalam perut ibu dia.. Tu pasal tak nak keluar.. Hoho


Tenang je kan tengok baby tidur.. Tapi, bila dia menangis, masyaAllah kuat gle!! Satu rumah pun boleh dengar.. Hahaha.. Tadi dia menangis lapar kot, tapi ibu dia ada hal.. Jadi, I dukung baby sambil tepuk tepuk lembut dengan jari.. Bukan setakat senyap, siap terlelap pulak dia.. Hepinya rasa! Hehe


I suka sangat tengok bibir dia, merah merekah.. Mata dia pulak bersinar macam batu permata hitam kelabu yang macam air tuh.. Kulit dia putih melepak.. Subhanallah indahnya ciptaan Ilahi! Doa Che Su untuk baby, semoga baby membesar sebagai anak yang soleh, penyejuk hati ibu dan ayah, bijak, hensem (hehe) dan sihat wal'afiat.. 


Nota kaki: Rindunya dengan budak kecik nih.. Padahal baru tengah hari tadi tinggal dia.. Baby pun mesti rindu Che Su kan? Kihkihkih..

2 comments:

  1. haziq pun rindu chesu..
    tq chesu krn sumbangan tenaga utk majlis aqiqah haziq aritu.

    ReplyDelete
  2. sama-sama kasih.. hehe

    nnt balik laa jumpa kami lagi.. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...