Saturday, February 11, 2012

Cara paling berkesan untuk menggembirakan ibu bapa.. :)

Assalamualaikum.. Hye..


2, 3 hari nih ramai yang dah update status kat Facebook bagitau result diorang dah keluar.. UM kononnya keluar result semalam, 10 Februari tapi kenapa entah dari pagi sampai malam semalam I dok klik klik butang "Semak Keputusan", tapi hampeh..




Daripada mula-mula I rasa berdebar-debar gle nak tahu keputusan, sampai dah hilang daa perasaan berdebar-debar tuh sebab geram.. Agaknya mungkin sebab ada sesuatu yang baik menunggu kot.. :)


Akhirnya, alhamdulillah pagi tadi dah keluar daa result.. I am so happy! Ni first time sepanjang lebih 3 tahun I belajar, I bagitau Abah dan Ma dulu result I.. Selalunya diorang yang asyik tanya dulu.. Haha! 


Sebenarnya I langsung tak jangka keputusan yang I tengok nih.. Sebab I mati matian ingat I akan fail 1 subjek Kimia nih.. Siap nangis nangis kot dalam kereta lepas habis exam tuh.. Nak nangis dalam bilik ada rumet, maluuuu.. Sejak dari tu, kepala otak I dok bekerja keras nak reka alasan apa nak bagi kat Ma Abah kalau fail.. Paling menakutkan, bila I mungkin terpaksa extend 1 semester hanya disebabkan subjek 2 jam kredit! Sebab subjek nih hanya ditawarkan pada semester 1 je.. Tak sanggup!! 


Tapi, tu lahh.. Semuanya di bawah kekuasaan Allah.. Akhirnya, berkat doa dan solat hajat Ma Abah, tunjuk ajar daripada lecturers, usaha dan doa sendiri, dan bantuan dari kawan kawan I, ini yang I dapat.. 




Terkedu! Terkelu! Tak dapat digambarkan perasaan I masa tu.. Syukur alhamdulillah Ya Allah.. =) 


Walaupun tak termasuk dalam senarai dekan sebab jam kredit I tak mencukupi untuk Senarai Dekan (18 jam kredit), tapi Abah cakap, "Tak pe, pointer tuh yang penting"..


Paling happy, bila I bagitahu Ma kat sekolah tadi, terus dia ucap tahniah dan peluk cium I depan semua orang.. Bahagianya tengok Ma senyum memanjang because of me! Hehe..


Harapnya, semester akhir nih, I berjaya dapat GPA 4.0 pulak.. Amin.. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...