Tuesday, November 8, 2011

[Review] REVLON New Complexion Loose Face Powder

Assalamualaikum.. Hye..


"Selamat Hari Raya Aidil Adha"


Dah lama I tak menulis.. Kali ni jom cakap pasal mekap pulak.. Hurray! Hehe Sebenarnya I baru beli Revlon New Complexion Loose Face Powder few weeks ago.. Dan sebenarnya (bukan lagu Yuna :p) ni kali pertama I nak cuba loose powder.. Nervous! Ok tipu.. Sebelum ni I selalu guna Silky Girl compact powder je.. 


Tapi memandangkan compact powder I dah hampir habis, I nak restock lah.. Tengah dok ke hulu ke hilir kat depan bahagian mekap dalam Guardian tuh (setiap kali pun mesti macam ni walaupun nanti tetap beli produk yang sama jugak), kawan I cakap pasal kawan I sorang lagi yang guna loose powder.. 


Apa lagi, tiba-tiba monolog dalam diri, "Apa kata kali ni cuba guna loose powder pulak?".. Macam best je guna loose powder nih.. Jadi, I cari lah loose powder.. Dalam banyak-banyak jenama kat situ, Revlon je yang ada.. I beli dengan harga RM 45 selepas diskaun.. Harga asal ialah RM 50.. Wahh.. Ini sudah bagus! Kiranya berpatutan lah.. 




Pendapat I tentang Revlon New Complexion Loose Powder ni, terus terang tak macam compact powder, lepas 2, 3 kali tenyeh dah putih melepak.. Tapi, bila pakai loose powder, warna dia tetap sedang sedang walaupun tenyeh banyak mana pun.. Kiranya masih natural look..


Cuma I tak suka sebab nak pakai loose powder nih mengambil masa (I je kot yang fikir macam ni).. Sebab susah nak keluarkan powder dari bekas! I tak boleh terus tuang atas puff tuh, nanti berterabur.. Jadi, I terpaksa tutup lubang kat bekas dengan puff dan goncang setiap kali nak keluarkan powder tuh.. Tapi, yang keluar sikit je.. Leceh.. Mungkin kena praktis lagi kot.. :D




Apapun, it's worth buying.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...