Wednesday, November 2, 2011

Hadiah paling best untuk ibu bapa anda..


Assalamualaikum.. Hye.. 





Seumur hidup kita, siapa manusia pertama yang terletak di tangga teratas carta hati kita? Bagi I, tak ada orang lain yang lebih layak selain Ma dan Abah I.. I pasti kamu semua pun ada ibu bapa yang kamu sayang dan kasih kan? Tak kira samada mereka masih hidup ataupun dah meninggal.. 


Sepanjang hidup kamu, apa hadiah terbaik yang kamu pernah bagi pada ibu bapa kamu? Beg tangan jenama? Tudung? Jam tangan? Baju? Pada tahap I sekarang, I tak mampu nak beli tu semua.. Apatah lagi I tak pandai nak memilih.. Serius tak pandai.. I ingat lagi masa I sekolah rendah dulu, I  pernah belikan Ma dan Abah pen sebatang yang harga tak sampai seringgit kot.. Siap balut dengan kertas yang I koyak daripada buku latihan.. Haha 


Tapi, ada satu hadiah yang I tak pernah lupa untuk bagi setiap hari.. Nak tahu??



Yes doa.. Doa untuk ibu bapa yang I akan baca dalam setiap doa I lepas solat.. 


Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
”Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari” - Sumber


Jadi, jom laa amalkan doa ni dalam setiap doa kita selepas solat.. Semoga ibu bapa kita dalam golongan ahli syurga dan dalam lindungan Allah selalu..


I sayang Ma dan Abah I.. Anda?

4 comments:

  1. yup.. btol tu..doalah hadiah yg paling bermakna untuk mereka :)

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dalam golongan orang2 yg soleh.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...