Saturday, November 19, 2011

5 tips tidur lena untuk kekal comel

Assalamualaikum.. Hye.. 


Semua tidur lena ke semalam? Atau ada yang sekejap sekejap bangun sebab tak lena.. Masa I awal awal masuk kolej haritu, I memang tidur tak lena.. Sekejap sekejap bangun.. Dalam tidur pun I rasa macam otak I masih berfikir.. Sepatutnya masa tidur, otak kita perlu rehat, jadi waktu tidur memang takkan fikir tentang apa apa.. Kecuali tang mimpi dan mengigau tuh, soal lain.. 


Jadi, I nak kongsi 5 tips untuk tidur lebih lena.. Supaya walaupun tidur sekejap, tapi tidur kita akan lebih berkualiti.. Yang penting untuk kekal comel! :D


Comel tak saya? Hehe


Senaman

Cuba korang bersenam setiap petang.. Joging ke, bersukan ke.. Bila badan dah letih, biasanya automatik kita akan rasa mengantuk..


Tenangkan diri

Sebelum tidur, cuba korang tenangkan diri dengan meditasi.. Tak pun berendam dalam hot tub.. Kalau tak ada, mandi je lah.. Tapi, jangan berlama sangat waktu mandi malam, sebab tak elok untuk badan.. Mandi sebelum tidur memang boleh buatkan diri I rasa mengantuk dengan cepat.. 




Diet waktu tidur

Kalau korang tak berniat nak berjaga malam, sebaiknya elakkan pengambilan kafein beberapa jam sebelum tidur.. Sebab efek kafein bukan segera.. Beberapa jam lepas tu, baru dia akan bagi efek dekat badan kita.. Tak tidur lah korang nanti.. Sebaiknya minum segelas susu dulu sebelum tidur..





Pencahayaan

Yang ni memang penting untuk dapatkan tidur lena.. Waktu tidur, sebaiknya tutup lampu atau malapkan.. Lebih lebih lagi, elakkan cahaya lampu tu terus ke mata korang macam lampu dekat siling.. 


Ni sebab utama I tak boleh tidur lena masa awal awal haritu.. Sebelum I beritahu roomate I yang I tak boleh tidur sebab lampu terang sangat atas mata I.. Sebabnya I tidur katil atas, dan lampu tu memang betul betul atas mata I.. Silau weyh!





Berangan

Part nih memang I suka dan selalu buat.. Muahaha.. Bocor rahsia.. Tapi sebenarnya terbukti dekat I yang berangan sebelum tidur boleh buatkan I tidur dengan cepat dan lena.. Contohnya berangan dapat kahwin dengan lelaki hensem.. Haha.. Memang sah berangan..

Tak kisah lah nak berangan tentang apa pun.. Tak lama lepas tu, mesti akan tertidur punya.. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...