Sunday, October 16, 2011

Tukar kepada MyKad baru yang lebih berkualiti



KLUANG 15 Okt. - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baharu yang dipertingkatkan tahap kualiti dan ciri-ciri keselamatan bermula Januari depan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu mampu menangani permasalahan yang sering dibangkitkan sebelum ini antaranya isu pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.


Hishammuddin berkata, kelebihan MyKad baru itu adalah diperbuat daripada bahan 'polycarbonate' yang lebih tahan dan menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.


Tambahnya, MyKad itu juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.


Beliau memberitahu, buat masa ini pengguna MyKad sedia ada tidak diwajibkan menukar kepada MyKad baru tetapi boleh berbuat demikian dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang pertama kali membuatnya.


Dalam pada itu, Hishammudin berkata, pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari itu adalah susulan dan perluasan kepada program rintis Pengeluaran Gantian MyKad 1 Hari yang dilaksanakan di Ibu Pejabat JPN Melaka dan Ibu Pejabat JPN Kuching, Sarawak.


Menurut Hishammudin, inisiatif Pengeluaran MyKad 1 Hari itu akan diperluaskan ke negeri lain dengan kuasa diberi kepada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara memilih pejabat JPN yang mempunyai kepimpinan dan kemampuan untuk melaksanakan program itu.


Sumber: Utusan Malaysia Online, 16/10/2011


Nota kaki: Kalau macam tu, I nak tukar MyKad tahun depan laa.. Kalau korang tengok, memang dah nazak sangat MyKad I ni.. Yang lapisan biru tu dah terkoyak.. Sebenarnya dah tak biru dah pun.. Dah jadi kuning.. 


Lapisan plastik jernih atas dia tu pula memang dah lama tertanggal.. Nasib baik cip tu je masih elok.. Dah lama sangat daa pun.. Dah 9 tahun kot.. Kiranya generasi awal pemegang MyKad lah ni.. Hoho~

4 comments:

  1. Salam:) tumpang promo ye
    Jemput datang ke Luna Shoppe. Pelbagai jenis tudung ada disini. Diskaun n mystery gift from Australia menanti anda!

    ReplyDelete
  2. uish..dh nazak beno tu...

    ReplyDelete
  3. agak laa.. memang dah nazak.. nyawa nywa ikan daa nih.. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...