Sunday, September 25, 2011

Satelit NASA jatuh di Lautan Pasifik, bukan di Malaysia


WASHINGTON: Satelit Amerika Syarikat bersaiz sebuah bas yang jatuh ke bumi melepasi Afrika dan utara Atlantik sebelum jatuh di Lautan Pasifik berdekatan California, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA). 


Satelit seberat enam tan iaitu Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) jatuh dari langit di antara jam 11.23 malam Jumaat dan 1.09 pagi Sabtu waktu tempatan tetapi bukti ia dilihat atau kerosakan ditemui.



"Kami belum menerima laporan mengenai sesiapa yang melihat dan boleh dipercayai," kata Ketua Saintis Orbit NASA, Nick Johnson. - AFP






Nota kaki: Nasib baik tak jatuh di Malaysia macam berita asal.. Alhamdulillah.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...