Thursday, September 8, 2011

Orang muda memang suka pakai terang terang..

Assalamualaikum.. Hye..


Kalau I nak cerita pasal raya, belum basi lagi kan? Dah raya ke 10, I baru terhegeh hegeh nak post pasal raya.. Wuu~


Sejak dah beripar duai nih, raya dah kurang best.. Bukan apa.. Hari raya pertama mesti tak cukup orang.. Macam tahun ni, raya pertama cuma ada Ma Abah, Kak Ngah dan family dan I.. Kak Long dengan Kak Chik beraya di rumah mentua diorang..


Lagi lagi sejak Tok dah tak ada.. Sedara mara dah jarang datang rumah masa raya.. Kalau dulu family belah Ma mesti berkumpul setiap kali raya.. Tapi, sekarang ni nak jumpa pun susah.. Huhu


Yang lagi haru, I dah tak dapat duit raya! Uwaa~ I baru 20 tahun kot.. Muda lagi nih.. Kahwin pun belum.. T__T  Nak pergi cari Doraemon ar.. Nak balik ke waktu kecik kecik dulu.. Syok je dok bilang bilang duit raya.. 2 minggu lepas raya terus ajak Ma pergi bank sebab nak bank in duit raya.. Bagus kan saya? Kih3~


Apa pun, masa kan tetap berlalu.. Perubahan tetap berlaku.. Raya ke 3 tetap berkumpul juga ramai ramai bila Kak Long dan Kak Chik dah balik.. O yeah!!







Nampak macam lengkap, tapi sebenarnya Abg Mie tak ada dalam gambar.. Mula mula nak suruh Ma pegang Danish, tapi meragam pulak tak mau duduk dengan Tok Ma.. Dengan Che Su ok pulak.. Hoho




Tok Bah dan Tok Ma dengan cucu-cucunya.. Hariz Zakwan si Ultraman, Hanna Sofea si Teddy Bear, dan Aarief Danish si Pocoyo.. Hehe~




Selamat Hari Raya 

dan 

Selamat Hari Merdeka Malaysiaku!

2 comments:

  1. hoho...btol tu...tp kalau yg keje lagi la sadis...xbalik raya sbb keje...rugi la...
    emmm
    knape xdtg umah esyad...kat umah esyad, bagi duit raya kpd org 20thn ke atas...hehee

    ReplyDelete
  2. serius?? O_O kalau macam tu nak mintak duit raya banyak2 laa, biar berbaloi g jauh2.. boleh? kih3~

    owg keje terpaksa beraya ngan member je laa.. owg kat rumah kesunyian.. huhu~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...