Friday, August 12, 2011

Tips berguna di bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. Hye..


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-12 kita berpuasa.. Maksudnya semalam dah masuk malam ke-12.. Bagi yang berpuasa laa.. Bagi yang TERmerokok ke, TERkorek hidung dengan sengaja ke, maaf laa kamu tak termasuk.. Yang ABC tuh terkecuali.. Hehe



Apapun, sedar tak sedar.. Kita sekarang dah memasuki Fasa ke-2 Bulan Ramadhan.. 


Dalam satu hadis,

 شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka 


Secara ringkasnya, dalam bulan Ramadhan nih, ada 3 fasa yang kita akan lalui;

Fasa Pertama (10 hari terawal) - Fasa rahmat
Fasa Kedua (10 hari berikutnya) - Fasa keampunan
Fasa Ketiga (10 hari terakhir) - Fasa keselamatan daripada api neraka


Memandangkan kita sekarang dah memasuki Fasa ke-2 Ramadhan, fasa keampunan (maghfirah), jom jom, bukan jom heboh.. Jom kutip bonus Ramadhan yang super banyak..


Macam mana tak banyak, pahala ibadat sunat diganda seperti pahala ibadat wajib, pahala ibadat wajib apatah lagi, berganda ganda.. 


Jadi, jom sama-sama banyakkan amalan amalan sunat dan berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.. 


Apa perlu buat? Jom amalkan doa nih selalu..


اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا


Maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami


Peluang sekali setahun, siapa yang tak nak memang rugi woo.. Imbuhan nih bukan imbuhan segera kat dunia macam duit Nuffnang, Innity, Advertlet.. Tapi, untuk bekalan akhirat yang kita tak nampak keuntungan sekarang.. Jadi, jom meriahkan! Wohoo~



Nota kaki: Kalau I ada silap tulis, bagitahu eh.. [sumber]


Terima kasih sudi baca.. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...