Monday, August 15, 2011

Seorang wanita dapat muka baru.. Kagum!

Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya.



Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula.





Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: “Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai.



Kejadian malang yang menimpa Carla berlaku ketika dia mengunjungi rakan baiknya, Sandra Herold yang memelihara cimpanzi. Ketika itu, haiwan berkenaan berang lalu melompat ke arah Carla dan mengoyakkan wajahnya dan hampir keseluruhan tangannya.




Sepasukan 30 doktor dan jururawat di sebuah hospital di Boston untuk melakukan pembedahan itu. Carla menerima kulit, otot saluran darah, urat saraf, lelangit dan gigi daripada seorang penderma yang tidak dinamakan. 


Pembedahan dijalani Carla adalah pembedahan transplan wajah sepenuhnya yang ketiga di AS. Carla juga menjalani dua kali transplan tangan tetapi ia terpaksa dipotong selepas dia menghidap pneumonia. Dalam satu wawancara untuk rancangan TV AS Today, Carla berkata, makanan pertamanya selepas pembedahan adalah telur dan keju berkrim.


Dia juga memberitahu, dia dapat merasa rahang dan dagunya semula. Carla berkata: “Saya boleh menggerakkan mulut dan tersenyum. Saya masih rasa lemah, tetapi sedikit demi sedikit saya semakin kuat.” - Harian Metro (13/08/2011)


Nota kaki: Teknologi makin canggih.. Kalau dulu, pemindahan hati orang dah anggap hebat, sekarang ada pulak pemindahan muka..

Nota kaki tangan: Jangan disangka cimpanzi comel tak ganas.. Sekali dia berang, habis koyak rabak muka.. Wuu takot..

10 comments:

  1. Wow,menakutkan,nsib baik tak minat cimpanzi.hihi

    ReplyDelete
  2. wow...terpegun...walaupon tragedi

    ReplyDelete
  3. Tragis betul cipanzi tu.

    ReplyDelete
  4. tu laa kan.. sampai macam tu skali jadinya.. kita minat haiwan berbulu lain laa.. :p

    ReplyDelete
  5. hoho terpegun kenapa? 
    kesian dgn perempuan tuh, tapi kagum dgn pemindaham muka tu..

    ReplyDelete
  6. huhu  lagi tragis, last2 dia kena bunuh..

    ReplyDelete
  7. pernah minat cimpanzi ke.. hehe

    ReplyDelete
  8. nur hafizah abdul hadiAugust 14, 2011 at 11:45 PM

    Ow, penah baca berita dia dulu, tp x tau yang dia dah dapat muka baru. well, penagajaran utk kita utk hargai nikmat yg kita pandang remeh jek selama ni :)

    ReplyDelete
  9. setuju.. bila dah jadi macam ni, baru kita tahu bersyukur dgn nikmat yang ada.. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...