Friday, August 26, 2011

Raya orang kaya dan orang miskin

Assalamualaikum.. Hye..


Masuk aje bulan puasa, terus imagine nak raya ye tak? Perasaan nak beraya tuh membuak-buak sampaikan 3 bulan sebelum Ramadhan dah sebok mula tempah baju raya, dah mula tempah biskut raya.. Baju raya tuh pulak bukan sehelai dua.. Agak agak seminggu beraya tuh baju raya asyik bertukar yang baru aje.. Setahun sekali kononnya.. Hehe


Banyak yang seronok bila fikir pasal nak raya nih.. Setuju? Tapi, ada juga yang tak setuju.. Mungkin sebab nak beli baju raya tak mampu, nak bergaya dengan perabot baru baru tak mampu, nak ajak member beraya ke rumah pun segan sebab rasa rumah aku buruk weh! Malu nak tunjuk kat korang..


I nak tanya, Hari Raya nih pasal semua tu ke? Pasal baju baru, pasal perabot baru, pasal rumah berhias lawa lawa.. 


Meh I cakap sikit.. Baju raya I memang laa setiap tahun cukup.. Biasanya 2 pasang lah.. Tak pun, sepasang je baju raya.. Pastu sepasang lagi baju kurung yang jahit 3 bulan lepas sebab ada kenduri keluarga.. Tu pun dah dikira sebagai baju raya, sebab baru pakai sekali.. Redha..



Perabot kat rumah ni pulak memang tak pernah bertukar.. Kali terakhir Ma tukar sofa, I pun dah tak ingat daa bila.. Sebab dah lama sangat.. Pasal rumah buruk?? Korang tahu, rumah yang I duduk sekarang ni dah bertapak kat sini lebih 20 tahun.. Buruk? Tak kesah laa.. Janji bawah bumbung ni ada Ma Abah.. Ok laa kan..


Kadang kadang memang kita rasa sedih, rendah diri sebab kita tak berharta macam orang lain.. Kita tak ada rumah besar, tak ada kereta mewah.. Nak beli barang pun, kena fikir bajet dulu.. Nak makan kat restoran mahal? Apatah lagi.. Memang tak mampu..


Tapi, kita jangan lupa.. Rezeki Allah ni dalam macam macam bentuk.. Mungkin kita kurang rezeki pada harta, tapi Allah bagi kita tubuh badan yang sihat, otak yang bijak.. Alhamdulillah..


Dugaan Allah pun dalam macam macam bentuk Dia boleh datangkan pada kita.. Mungkin dalam bentuk kemiskinan atau pun kekayaan.. Jadi kaya memang suatu nikmat, tapi mungkin juga satu dugaan.. Contohnya, sanggup ke kita nak bahagikan harta kita pada orang miskin lain macam keluarkan zakat.. Mampu ke kita elakkan diri daripada riba dan rasuah? Kalau tak mampu, maksudnya kita gagal laa dalam ujian Allah.. 


Jadi orang kurang berharta pun belum tentu musibah.. Kadang kadang yang kurang berharta nih lebih beruntung.. Dia tak perlu pening pening nak fikir ada orang nak curi duit dia.. Golongan ni pun lebih motivated untuk berjaya.. Sebab dia tahu dia susah, jadi dia berusaha untuk lebih maju.. 


Walau apapun, bersederhana kan lebih baik.. :)


Lagi satu, Hari raya nih kan hari kemenangan umat Islam selepas sebulan kita berjaya tahan lapar, tahan dahaga, tahan nafsu.. Kenapa tak suka? Ke sebab dah fail tahan lapar, dahaga dan nafsu? Kih3~


Nota kaki: I minta maaf kalau I ada tersilap tulis pape ke, ada yang tersinggung ke.. Salam.. =)


2 comments:

  1. ingatkan apa lah tadi.. suspen je... apa pun, bersyukur dengn nikmat yg Allah bagi kat kita kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...