Saturday, July 9, 2011

"Pinjam laa daripada boyfriend cikgu.."

Assalamualaikum.. Hye..


Hari ni dah Jumaat.. Yea!! Hehe~


Nak tahu.. Sejak I mula mengajar kat sekolah tu, dah 4 kali kot tukar jadual waktu kelas.. Minggu lepas dah tukar, minggu ni tukar lagi.. Ahad dah tukar, Selasa dapat jadual baru lagi.. Hadoi.. Kesian budak budak tuh..


Macam pagi Rabu lepas.. Kalau ikutkan jadual yang I dapat hari Ahad, pagi Rabu tu I ada kelas Darjah 6, pukul 7.45 sampai 8.45 pagi.. Tapi, sebab Selasa dapat jadual baru lagi, Kelas Matematik Darjah 6 jadi pukul 8.45 pagi..


Jadi, pagi tu I tak masuk kelas laa.. Pastu, ketua kelas datang panggil I.. Aik?? I ingatkan cikgu yang berkenaan dah maklum hari tu dah tukar jadual baru lagi.. Rupanya dia tak dapat.. Kesian laa jugak dengan budak budak tuh..


*********


Satu lagi, kelas Darjah 3 macam biasa.. Ermm.. Tak terkawal kot.. Huhu  T__T  Ada yang tak bawa buku teks, ada yang tak bawa buku tulis.. Haish! Dah pesan berkali-kali pun tak bawak jugak.. Tapi, tak semua laa.. Yang I paling kesian, murid murid yang tak reti membaca.. Huhu


Masa I masuk kelas, sorang murid I, Jannah pergi kat meja I bagi lukisan nih.. Haha 




I cakap, "Macam mana saya nak warna, saya tak ada pensel warna".. Dia cakap, "Pinjam laa daripada boyfriend cikgu.." Erk!!


Lagi satu, budak budak ni mintak nak buat Kelas Tambahan hari Khamis.. Mula-mula, I ingat tak nak sebab err.. Tak rajin.. Tehee~  Tapi, bila fikir balik, ok jugak buat kelas tambahan, sebab banyak lagi latihan yang I tak sempat suruh diorang buat..


Jadi, I set Kelas Tambahan tu pukul 1.30 petang Khamis.. Eksaited kemain diorang.. Haha  Yang ni I cerita di entri lain okeh.. 



Nota kaki: Laptop rosak.. Wuu~  Ni pun guna laptop lain.. Tak best laa guna laptop orang lain.. Nak update blog pun, tak ada mood.. Huhu~


4 comments:

  1. Miss Y and Her WorlJuly 8, 2011 at 2:05 PM

    pandainya budak-budak zaman sekarang sebut boyfriend. btw, you are a nice teacher. sanggup melayan karenah budak-budak.

    Teguran Ikhlas Dari Seorang Lelaki Untuk Wanitanya

    ReplyDelete
  2. ha'ah tu laa.. kecik2 dah reti sebut boyfriend girlfriend.. pastu I tanya dia, awak dah ada boyfriend ke blom.. Dia cakap ada.. Erk!! Hahaha advance betul budak2 sekarang.. hoho~

    thanks.. =)

    ReplyDelete
  3. lappy rosak ke ?? pinjamlah bf cikgu punye . =P

    ReplyDelete
  4. erk! hahaha alaa.. bopren kedekot nak kasi lappy dia.. wuu~ =p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...