Sunday, July 10, 2011

Tak sabar nak jumpa cikgu comey.. HAHA

Assalamualaikum.. Hye..


Sebelum ni I ada cerita pasal I adakan Kelas Tambahan untuk murid Darjah 3 I kan?


Eksaited kemain diorang bila I setuju nak buat Kelas Tambahan tu.. Masa diorang mintak tuh, Hari Rabu.. Mula-mula diorang nak buat hujung minggu ni.. Erk! Tak mungkin lah I nak buat hujung minggu.. sejak kerja nih, hujung minggu I sangat pantang diganggu sekarang.. Haha!


Jadi, I cakap, "Kita buat hari Khamis laa eh.. Pukul 1.30 petang boleh?"


Terus diorang jerit, "Boleh!".. Haha  Semangat betul anak murid I kan.. Bagus bagus..


Jadi, I tulis details kat papan hitam.. Budak budak nih bukan boleh main suruh ingat dalam kepala je.. Tak jalan punya.. Haha Lagi satu, I beritahu diorang kelas ni untuk yang nak datang je.. Yang tak nak, tak perlu datang.. Tiada paksaan punye.. Lagipun, tak guna datang kelas tambahan semata-mata nak main je kan.. Buat sakit hati I je.. Huhu





Pastu, nak tahu tak.. Sepanjang hari Khamis tuh, kejap kejap ada murid datang jumpa I.. Semata-mata nak tanya, 


"Cikgu, saya nak pakai selipar je pergi kelas nanti boleh tak?"

"Cikgu, saya nak balik dulu pasni boleh? Nanti saya datang balik.."

"Cikgu, nanti saya nak pakai baju lain boleh tak?"

"Cikgu, saya nak pakai t-shirt lengan pendek boleh?"

"Cikgu, saya tak nak datang petang nanti boleh cikgu? Saya ada hal.."


Hadoih!! Macam macam hal laa anak murid I nih.. Haha~  Cikgu kelas diorang cakap, budak budak nih tak boleh bagi muka sangat.. Kadang kadang mengada je.. Kecik kecik dah pandai nak melawa.. Err~



Gambar tak ada kaitan dengan cerita.. Saja nak letak gambar cikgu yang "comey" lagi baik hati.. Muahaha!


********


Kononnya janji pukul 1.30 petang.. Tapi, pukul 1.30 tuh sorang pun tak nampak batang hidung lagi.. Pukul 1.45 kot baru mula kelas..


Lagi satu yang buat I sakit kepala.. Suara diorang, mak aih! Sekali diorang berborak, boleh tenggelam suara macho I.. Abes, cano nak ngaja macam ni..


Sebab I geram sangat, I jerit, "Kalau nak main main, pergi balik sekarang! Tak pun, pergi kelas sebelah!".. Terus terdiam diorang.. Haha


Tapi, dah nama pun budak budak.. Kejap aje diorang senyap.. Pastu bising balik.. Grr!! 


Lepas I cakap "Jom balik! Saya dah nak balik".. Baru diorang betul betul senyap.. Yang main main tu, memang dah kena halau awal awal.. Kejam kan I? Muahaha!


********


Tapi, macam tu pun, diorang mintak lagi nak buat kelas tambahan Khamis depan.. Err.. I cakap,  "Nanti laa cikgu pertimbangkan".. Keh3~


2 comments:

  1. Budak2 excited nak duduk dgn kawan je.. hoho

    ReplyDelete
  2. hoho macam kita2 jugak laa.. excited nak jumpa kawan je.. alasan je nak mintak kelas tambahan.. yang betul betul nak belajar pun ada, tapi, ramai yang nak main main, nak borak borak.. grr!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...