Tuesday, July 5, 2011

Dah namanya pun budak budak..

Assalamualaikum.. Hye..


Termasuk hari ni, dah 2 minggu I mula mengajar.. Cepat je masa berlalu kan.. Kalau biasanya, nak bangun awal pagi punya laa susah, sekarang nih pukul 6.30 pagi dah wajib terpacak.. Kalau tak, sah sah akan lewat.. Nak mandi lagi, mekap, belit belit tudung.. Tapi, setakat nih, kad I belum merah lagi laa.. Hehe


I rasa sepanjang 2 minggu nih, cabaran paling besar bagi I ialah untuk mengajar murid murid Darjah 3.. Serius mencabar weyh! Dah laa kelas diorang ramai.. Lepas tu, I suruh hantar kerja rumah pun tak hantar.. Yang ketua darjah tu mak aih! Asyik nak duduk bawah meja je.. Urghh!!







Mencabar sampai I rasa tak mampu daa nak teruskan.. Setiap kali I nak masuk kelas Darjah 3 mesti I rasa berdebar-debar dan tak seronok.. Tapi, I tak nak sebulan tempoh I kat sini tak membawa apa-apa makna untuk diorang.. Jadi, I nak cuba.. 


Tengah hari tadi I ada kelas dengan diorang.. Masa I masuk kelas, I acah acah je tanya diorang, "Awak tak rasa panas ke?".. Padahal cikgu yang panas.. Keh3~  Pastu, tiba-tiba diorang ajak masuk Bilik Tayangan.. Sebab Bilik Tayangan kan ber'ekon'.. Hamboih! Nak ekon aje.. Haha






Mula-mula I plan nak mengajar hari ni.. Tapi, sebab Bilik Tayangan baru lepas mop, terpaksa masuk Perpustakaan je.. Cano nak mengajar dalam tuh? Dah jelas dalam library tak boleh bising.. Tapi, diorang bising jugak.. Dah namanya pun budak budak..


Jadi, I suruh diorang buat latihan dalam Buku Teks je.. Hah! Masa buat latihan ni, mula laa nak terpanggil-panggil Teacher suruh ajar balik.. Dalam kelas, tamau dengar I ajar.. Muahaha~   Hadoyai..



Nota kaki: Menyesal pulak tak tulis belog sepanjang jadi cikgu nih.. Kalau tak, boleh jadi jurnal harian..


4 comments:

  1. wah,cikgu baru?ke praktikal?bagus la.cari pengalaman.sebenarnya saya pun cikgu.baru je 3 tahun mengajar.belum pun confirm lagi.
    biasala tu,budak2.dimarah,marah kita balik.ditegur,dia buat muka pulak.redha je la...

    ReplyDelete
  2. cikgu chumil~~~ besela tu..budak mmg manyak songeh . =p

    ReplyDelete
  3. saya jadi guru ganti je sekarang.. guru tak ganti insyaAllah setahun lagi lepas laa.. hehe aah.. cari pengalaman sambil isi masa terluang.. 
    budak2 nih kalau kita berlembut sangat makin naik lemak diorang.. tapi, berkeras sangat pun diorang tak layan jugak.. huhu 

    ReplyDelete
  4. haha kan? entah2 kita pun macam tu jugak kecik2 dulu.. manyak songeh.. tapi, buat2 lupa je.. kesian cikgu.. kih3~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...