Friday, July 15, 2011

Dia Blueberry, Saya Strawberry..

Assalamualaikum.. Hye..


Hari ni dah Jumaat.. Yahoo!! Hahaha Cikgu pun dah macam kanak kanak ribena.. Aci cuti je seronok.. Hehe  


Semalam kat sekolah I, ada majlis perpisahan untuk sorang ustazah ni.. Patut laa, masa I sampai sekolah tuh, I nampak budak budak nih berkumpul kat dataran perhimpunan sekolah.. 


Rupanya ada majlis.. Teruk sungguh perangai tak tahu khabar berita di sekolah sendiri.. Padahal semalam baru lepas berjaya melicinkan mee kari free ramai ramai hasil belanja ustazah tersebut.. Isk3~


Dah laa semalam I sampai lewat ke sekolah.. Sebab kereta Persona yang I selalu bawak tak ada minyak rupanya.. Dah keluar, baru perasan lampu minyak dah menyala oren.. Terpaksa patah balik untuk tukar kereta, amik Odyssey.. Kalau tak, maunya kang bertolak kereta tuh.. Hoh! Takmo den.. Terus hilang ayu.. Kah3~


Yang bestnya, pagi tuh ada makan makan lagi.. Biasa laa kalau ada majlis tertentu, makan makan tuh dah jadi acara wajib.. Yang lain nih apa lagi, tumpang sekaki laa.. Bukan setakat sekaki, seperut sekali.. Muahaha




Nasi dagang Terengganu yang err muak sikit sebab I terlebih letak kuah.. Nasi dagang nih petua dia jangan letak banyak kuah.. Kalau tak, sah sah muak.. T__T


*******


Masa I nak naik ke bilik guru, tiba-tiba ada murid Darjah 2 datang dekat I.. "Cikgu, cikgu tak masuk kelas saya ke hari ni?" Aloo.. Comel sungguh datang dekat I tanya I masuk kelas dia ke tak.. Tak sangka I ada peminat cilik.. Haha~  Sebenarnya I tak mengajar pun kelas tu, cuma I dah beberapa kali kena ganti cikgu diorang yang bercuti.. 


Kebetulan pulak semalam memang I kena ganti cikgu English diorang.. Kelas tu pukul 8.15 pagi, ngam ngam masa majlis tuh tamat.. I cakap nanti cikgu datang.. Tapi, ralit pulak.. Tiba-tiba ada 3 orang datang ke meja I.. "Cikgu cakap nak masuk kelas kitorang?" Eh alamak!




I tahu sangat kenapa diorang suka I masuk kelas diorang.. Sebab setiap kali I masuk, mesti I buat kuiz Matematik.. Soalannya senang je.. Tambah, tolak, darab dan bahagi.. Orait laa tu untuk budak darjah 2 kan..


I bahagikan diorang kepada 2 kumpulan, Blueberry dan Strawberry.. Sebelum ni, I guna A1 dan A2.. Tapi, budak budak, tau tau je laa kan.. Nak nombor 1 aje.. Last last pakat berebut nak A1.. Haha~




Kalau I tak buat kuiz pun, I akan tulis soalan matematik banyak-banyak kat papan hitam.. Tapi, boleh cair taik telinga sebab diorang asyik menjerit aje.. Korang bayangkan, sorang jerit, "Cikgu, saya nak yang tambah!".. Sorang lagi, jerit, "Cikgu, saya nak yang darab".. Yang lagi sorang jerit, "Cikgu, saya nak yang tolak!".. Hadoi.. Pening den..


Tapi, sebagai cikgu yang baik, mesra dan comel (erk!), I layan aje.. Hehe~


2 comments:

  1. Seronok kan jadi cikgu ? Saya pernah mengajar sekejap, tapi dah serik nak jadi cikgu ganti sementara. Penaaatt saaangggaaaatt !

    ReplyDelete
  2. kadang kadang penat jugak laa sikit.. lagi2 jadi guru kelas.. tapi, seronok jugak layan diorang.. hehe~ 
    cuma yang boleh buat saya serik nak mengajar, sebab sesetengah student yang nakal tuh.. fuh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...