Thursday, June 16, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011

Assalamualaikum.. Hye..


Korang dah tidur ke? Atau ada yang masih berjaga?


Siapa yang tahu malam ni ada GERHANA BULAN? Gerhana bulan nih yang terpanjang sejak 11 tahun lalu.. Kalau bernasib baik, kita di Malaysia boleh tengok Gerhana Bulan tu bermula pukul 1.25 pagi hingga 7 pagi.. 




          1.25 am - Bulan mula memasuki "Penumbra"
          2.23 am - Bulan mula memasuki "Umbra"
          3.23 am - Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh
          4.13 am - Gerhana Maksimum
          5.03 am - Bulan mula keluar dari "Umbra"
          6.02 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Umbra"
          7.01 am - Bulan keluar sepenuhnya dari "Penumbra


Klik SINI untuk maklumat lanjut..


Pukul 3.23 pagi, kita dah boleh mula tengok.. I nak tengok, tapi takut lah nak keluar malam malam macam ni.. Ma abah tak nak bangun kot.. Nak tengok kat beranda bilik ni pun, belum tentu nampak sebab terlindung.. T__T


Kalau korang berani keluar rumah, boleh laa keluar menikmati kebesaran Ilahi ni.. Tak pun korang boleh tengok Live video streaming ni yang bertempat di Sabah..



Free Videos by Ustream.TV


Buat solat sunat gerhana bulan sekali.. Klik SINI untuk baca Panduan solat sunat gerhana bulan..


Subhanallah!




Update: I berjaga dari pukul 3.30 pagi sehingga sekarang (5 pagi).. Sempat tengok gerhana bulan penuh tadi.. Langit pun cerah je.. Tengok dari tingkap rumah je.. I dok bertenggek je kat kerusi tepi tingkap.. Hehe Alhamdulillah.. :)

4 comments:

  1. Masih tak tido, tengok bulan pun dah tak kelihatan kat langit... Macam awal dari jangkaan kita... suasana langit Perlis gelap sesangat ketika ini... disamping tingat kucing2 jahat yg baru meruntuhkan siling rumah jiran beberapa minit yg lalu

    ReplyDelete
  2. saya sempat tidur dulu tadi.. tak tahan.. hehe bangun pkul 3.30 turun tengok.. sempat jugak tengok gerhana penuh.. langit pun cerah.. :)
    isk.. dasat kucing tu sampai boleh runtuhkan siling rumah.. hoho~

    ReplyDelete
  3.  haha.. same lah ! tak berani nak kuar! last last tidoq mimpi pakwe yang ke 300... hoho...

    jom join bloglist MB =)

    ReplyDelete
  4. 300! wah.. haha saya bangun jugak pagi tu.. keluar kejap je.. pastu tgk ikot tingkap je.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...