Thursday, June 9, 2011

Cucur Bawang & Kopi 'O'

Assalamualaikum.. Hye..


Sejak cuti nih, minat I terhadap novel dah kembali.. Masa awal awal cuti aitu, I dapat tahu Karangkraf buat promosi potongan harga tapi untuk belian secara online je.. Terus I usha website Karangkraf.. Usha punya usha, I berkenan dengan 3 novel ni..



Jangan Bilang Benci - Muna Mahira (RM 19.90)



Cucur Bawang & Kopi 'O' - Hasrudi Jawawi (RM25.90)



Kasih Dania - Ayu Emelda (RM 19.90)


Sebab ada diskaun, kiranya novel-novel tu memang agak murah laa.. Kalau I beli 2 novel, tak sampai 40 hengget pun.. Berkobar-kobar jugak laa nak beli.. 


Yang I paling nak beli novel Cucur Bawang & Kopi 'O' tuh.. Tapi, bila I tengok postage fee, terus pengsan! Lebih 10 hengget untuk postage fee jek.. Tak berbaloi langsung! 


Jadi, I decide nak beli kat kedai buku je novel tu.. Tapi, mak aih.. Susah bebeno nak jumpa.. Novel laris laa katakan.. Uwaa!! Nanges~  


Akhirmya, I beli novel lain je.. Hingga Ke Akhirnya - Siti Nur Dhuha.. Novel Hingga Ke Ahirnya ni sebenarnya sambungan dari novel beliau sebelum ni, Akhir Sebuah Cinta.. Disebabkan I dah ada novel Akhir Sebuah Cinta, jadi I decide untuk beli Hingga Ke Akhirnya.. 



Kehadiran Khuzairi dalam hidup Mimi Atia telah mencabar kesabarannya sebagai seorang wanita.





Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


Tapi, I masih nak beli novel Cucur Bawang & Kopi 'O' tuh!




Mana eh kedai buku kat Kelantan ni yang ada jual novel tu?? Tolong I.. T__T

2 comments:

  1. tu laa.. sekarang minat terhadap novel dah kurang sket.. time cuti ni je tiba2 teringin nnak baca novel.. masa sekolah dulu, aci member bawak novel baru, nak pinjam.. hehe~

    ReplyDelete
  2. rindunya zaman sekolah dulu..
    dulu pantang jumpa buku or novel cinta
    *tpi sekarang minat tu ntah mana hilang ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...