Tuesday, June 28, 2011

Cara terbaik untuk ajar murid darjah 3..

Assalamualaikum.. Hye.. 


Sehingga hari ni, dah 7 hari I jadi guru ganti.. 3 hari pertama, memang tak bizi sangat sebab minggu peperiksaan.. Jadi, I cuma perlu jaga kelas peperiksaan.. 


Yang penat sikit, bila jaga kelas darjah 1 dan 2.. Biasa laa.. Sekolah kampung aje.. Jadi, ada murid yang tak pandai membaca dan mengira.. Nasib baik diorang pandai menulis.. Jadi, I kena tolong bacakan soalan untuk diorang dan tunjuk contoh untuk jawab soalan tu.. Contohnya untuk kira darab dan bahagi.. 




I lukis satu satu kat papan hitam.. Tu pun, ada lagi yang bertanya.. Huhu~


Tu kisah 3 hari pertama I masuk.. 


Hari-hari seterusnya, I dah mula pening kepala nak layan kerenah budak budak tu.. Sebab dah kena mula mengajar.. Kat sekolah ni, I jadi guru ganti Matematik dan Pendidikan Seni.. Untuk darjah 3, 5, dan 6.. 


Paling I tak tahan, mengajar kelas darjah 3.. Fuh!! Mencabar emosi nak layan diorang nih.. Tak dengar cakap langsung.. Tapi, bila disuruh menulis, reti pulak diam.. Agaknya, lain kali I kena suruh diorang menulis je dalam kelas.. 


Bila I nak ajar Matematik, diorang cakap nak main.. Amboi! Banyak cantik muka kau.. Tak pun, diorang cakap buat teka teki.. Adehh.. I mana reti teka teki.. I paling tak suka teka teki.. Muahaha! 


Esok ada lagi kelas dengan diorang.. I pun tak tahu nak buat macam mana nak bagi diorang tumpu perhatian.. Korang ada idea tak? T__T


4 comments:

  1. sabar je la cikgu.pengalaman.murid sekolah rendah semua memang macam tu.kerenah diorang banyak.jadi cikgu nak kena banyak2 bersabar.biasa la tu,budak2...

    ReplyDelete
  2. mulakan dengan something yg interesting mcm lagu ke...then break every 30mins..sbb diorng punya fokus xlama...=) 

    ReplyDelete
  3. tenkiu Mohsen.. insyaAllah.. memang kena banyak sabar layan diorang nih.. kalau tak, kita yang sakit jiwa.. haha~

    ReplyDelete
  4. hurmm.. tenkiu for advice.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...