Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru | Kerjayaku ibarat jambatan pelangi ke syurga

Assalamualaikum.. Hye.. 


Memandangkan hari ini ialah Hari Guru, I nak ucap

SELAMAT HARI GURU 

buat semua pendidik dan bakal pendidik.. Semoga anda dan saya dirahmati Allah selalu, serta terus berjaya untuk mendidik anak bangsa agar menjadi modal insan yang berguna suatu hari nanti.. InsyaAllah.. :)




******


Oh! Sempena Hari Guru nih, I nak join segmen Abang Ben Ashaari juga.. 




Mengimbau kenangan lalu waktu I menjejakkan kaki ke sekolah..


I mula bersekolah seawal 6 tahun di Sekolah Kebangsaan Bachok, Kelantan dari tahun 1995 hingga 1998.. Masa Darjah 4, tahun 1999 hingga 2001, I bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi.. 


Masa I berumur 12 tahun, I masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher.. 5 tahun I bersekolah di sana dari tahun 2002 hingga 2006.. 


2007, I sambung belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dalam aliran Sains Fizikal.. Setahun yang enjoy dan perit.. :)


2008 hingga sekarang, I di Universiti Malaya.. Meneruskan pengajian I dalam bidang Sains dengan Pendidikan, major Matematik dan minor Kimia.. 


InsyaAllah, 2012 nanti I habis belajar.. Wohooo! Dan akan bermulalah perjalanan hidup I sebagai seorang pendidik.. Perghh! 





******


Cikgu yang I paling Ingat sepanjang I belajar ni, tentu laa Ma I, sebab dia pun cikgu kat sekolah I dulu.. Hehe Tapi, masa Darjah 5 je Ma pernah ajar I.. Cikgu lain yang I masih ingat, Teacher Cheong masa I kat SKSK.. I ingat lagi, setiap minggu, mesti ulang tulis karangan English 10 kali kalau tak silap.. Fuhh! Memang jenuh weyhh nak salin.. Mana I tak ingat.. hoho~


Masa sekolah menengah, I ingat cikgu Add Math I, Cikgu Zahid.. I suka gle weyh cara dia ajar.. Sebab dia sempoi! Bayangkan dia masuk kelas, tak ada nya dia nak bawak buku.. Paling kurang pun bawak rotan! Haha Tapi, dia mengajar memang berkesan.. I suka sangat cikgu tuh, sampaikan masa Tingkatan 5, I down kejap sebab tukar cikgu.. huhu~


Lagi seorang, Cikgu Faridah yang ajar Bahasa Melayu I masa Tingkatan 5.. Dia suka perli orang okeh.. Tapi, seronok ar.. Pastu, setiap kali ada kelas malam kan, mesti dia bawa dessert untuk kami.. Macam puding dan kek.. Sebab tu kot sayang sangat.. haha


Selain 4 cikgu nih, ada ramai lagi cikgu yang I masih ingat.. Cuma tak larat laa nak tulis semua.. Kang muntah hijau korang nak baca semua.. Hee~


******


Kalau nak suruh I ceritakan pengalaman I sebagai cikgu di sekolah, I memang tak ada pengalaman.. Tapi, kita harus ingat, guru ialah seseorang yang menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada orang lain, samaada secara langsung atau tidak.. 


I cuma pernah ajar anak jiran I subjek Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris sekolah rendah.. Fuhh! Mencabar weyh.. Eh.. Yang ni pun dikira kan, sebab cikgu kan seseorang yang menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada orang lain, samaada secara langsung atau tidak.. (ayat kopi pes dari atas)  Hehe~



******






Bagi I, kerjaya guru adalah suatu pekerjaan yang mulia.. Bukan laa maksudnya I menidakkan kerjaya lain.. Cuma kerjaya guru ni bak tangga ke Syurga (I petik dari blog Nerdy Nadea).. Kenapa begitu? 

3 amal yang kita bawa selepas mati;

     1) Sedekah jariah

     2) Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain

     3) Doa anak yang soleh

Sebagai seorang guru, tugas utama kita ialah untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, dan ilmu tersebut akan terus berkembang, dan insyaAllah, pahala yang berterusan.. Wallahualam..

6 comments:

  1. cekgu pelita idop..huhu!
    even mak bapakpon cekgu kan2?
    btw,bw here~~~
    kaLu rajin usha la sini...
    http://simpleasfiq.blogspot.com/
    nak foLLow mmg dialu2kan lah~

    ReplyDelete
  2. aah ye.. parents pun cikgu.. :D
    btw, tenkiu rajin meng'usha'kan diri ke blog ni.. =) 

    ReplyDelete
  3. kak kenal ustzah fauziah masa kat sk bachok?

    ReplyDelete
  4. ustazah fauziah tu mengajar kat SK bachok tahun bila ekk?

    ReplyDelete
  5. HarithakmalbakhtiarApril 22, 2012 at 8:38 PM

    korang kenal ke ustaza fauziah sekarang dia mengajar di smk kota masai 2 dia lah guru yang aq paling sayang 

    ReplyDelete
  6. MuhamadharithakmalApril 22, 2012 at 8:41 PM

    ye aq masih kenal ustaza fauziah dia tu dulu dia mengajar di sk bachok sekarang dia dah ajar dekat smk kota masai kan hehehehehehe ..............bye bye bye 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...