Thursday, May 5, 2011

10 Perkara dibenci

Assalamualaikum.. Hye..


Jom teruskan dengan Perkara ke-3.. Oh! Bagi yang tak faham kenapa I dok asyik pung pang pung pang pasal 10 Perkara tu, 10 perkara ni sejak 3 hari lepas, sila rujuk SINI okayh?! Semoga itu menjawab segala kepeningan anda.. :)


Tajuk untuk hari ketiga ialah 10 Perkara yang dibenci atau tidak disukai dalam bahasa sopan.. I lew tew yang sopan.. hee~





******


SATU

I tak suka bau minyak angin, balm, minyak gamat dan yang sewaktu dengannya.. Dan I tak suka minyak.. Bau dia, perghhh! Menusuk hingga tulang hidung yang terakhir.. Roomate I nih pulak memang pesen suka guna balm.. Hadoii.. Nak tak nak, kena tahan je laa.. Takkan nak gado dengan roomate semata-mata sebab lipbalm.. huu~




DUA

I tak suka bising, I tak suka lagu yang membingitkan.. I tak suka orang bersorak, bertempik macam orang histeria bila dapat jumpa Bruno Mars.. I tak suka bunyi kawasan pembinaan.. Semua keadaan bising macam tu, I memang tak suka.. I suka keadaan aman dan damai.. :D


TIGA

Haa.. Ni ada satu penyakit jugak yang I tak suka.. Pesen tak reti nak hormat orang lain.. Buat apa-apa nak ikut kepala dia je.. Hishh.. Memang hangin laa dengan orang macam ni..


EMPAT

Internet connection yang tak sekolah.. Tengah kita syok syok online, tiba-tiba dia disconnect dengan sendirinya.. Tak pun, yang paling haru, bila tak ada connection langsung! Urghhh!! Macam masa I tengah taip entri ni laa.. Tengah syok menaip, tiba tiba disconnect.. T_T




LIMA

Musuh utama - jerawat, kepala-hitam, kepala-putih dan yang sewaktu dengannya.. Contohnya, bila bangun pagi je tiba-tiba toink merah kat pipi kanan.. Tensionnya!! Korang pernah tak rasa macam tu? Hishh.. Tak suka lah!


ENAM

Kopi.. I tak suka kopi hitam pekat tuh.. Pahit lah! Tapi, yang peliknya I suka pulak dengan bau kopi.. Cano tu? hoho~




TUJUH

Perokok.. Urghhh!! Yang ni I bukan tak suka tau.. Tapi, I benci.. I memang tak tahan bau asap rokok.. Busuk gle baii! Toksah cakap nak tunjuk macho lah, kalau setakat hembus asap berkepul-kepul, tapi angkat guni beras pun tak larat..




Pernah sekali tu, I tengah tunggu ma I.. Pastu, tiba-tiba datang mamat nih dok merokok sebelah I.. I pun tutup hidung lah.. Tiba-tiba bau asap rokok tu makin kuat, sekali dengan asap rokok berkepul kepul ke arah I.. I rasa macam dia sengaja.. Gle kurang ajar punya manusia.. I malas nak layan, pastu I blah je laa daripada layan mamat terencat akal macam tu..


Urghhh! Benci tahu!!


LAPAN

Bodyguard tak bertauliah.. Mesti korang tak faham kan.. Alaa.. Macam korang masuk butik ke, mesti ada seorang yang datang kat kita.. I tak suka laa.. Hilang privasi I.. I ni pulak pesen penyegan sikit.. Uhuk uhukk~  Memang sah sah I akan lari je laa.. 


SEMBILAN




Pedas.. Sebenarnya I dah cerita kat SINI.. I tak perasan ada part perkara dibenci rupanya.. :P


SEPULUH

Ular.. Arghhhh!! Lariksss! Ini serius bukan main main punya.. I tak suka ular sebab I takut.. Nak tengok kat tv pun I tak mampu.. Apatah lagi depan depan.. Eh! Agaknya ada ke nama saintifik untuk golongan takut ular macam ni, macam snakophobia ke.. Muahaha :P


Booo!! Alaa.. I saja je nak test korang.. Nak bagi korang tertanya tanya.. Kononnya.. Ngee~  Memang ada pun nama saintifik untuk pesen takut ular nih.. Namanya.. Jeng jeng jeng.. Ophidiophobia.. Kelass tak nama tuh? Ye laa.. Berbanding snakophobia yang tak komersial langsung.. :P


4 comments:

  1. ooooooooo.........
    :D

    ReplyDelete
  2. tak suke jerawat. tak suke rokok. yg lain still dalam pertimbangan. hahaha :P

    ReplyDelete
  3. apa yg oo nye cik juliana?

    ReplyDelete
  4. haha camtu eh.. tapi, kopi tu boleh dipertimbangkan jugak.. bergantung kpd caner dibuat.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...