Saturday, June 4, 2011

10 benda penting tak boleh tak ada..

Assalamualaikum.. Hye..


Korang dah baca 40 rahsia I sebelum ni? Sebab hari ni I nak sambung lagi bongkar 10 rahsia.. Cewah~  Macam terkenal sangat je nak bongkar rahsia segala kan.. Tapi, perasan hebat sekali sekala apa salahnya.. Tehee~


Nih antara perkara-perkara yang tak boleh tak ada dalam hidup I.. Kalau semua nih tak ada, memang laa I tak mati kalau umur panjang, cuma meroyan je.. Sobs~


SATU

Perkara pertama dalam senarai meroyan nih wajiblah keluarga I.. Kalau tak ada keluarga, memang boleh jadi meroyan.. 




DUA

Handphone I.. Normal laa kot.. Sekarang nih, handphone bukan lagi kemahuan, tapi  dah jadi suatu keperluan.. Yang bezanya, korang nak yang mahal dan canggih atau yang biasa biasa je macam handphone I.. Ye laa.. I tak mampu nak beli yang mahal mahal.. Sobs~ 




Bagi I, banyak fungsi yang penting dalam handphone nih.. Contohnya, Phonebook.. Dalam tuh, I simpan nombor telefon semua manusia manusia penting sekeliling I.. Kalau nak suruh I hafal satu satu nombor diorang, boleh jadi mereng weyh! Alarm.. Sesungguhnya, alarm memang sangat sangat sangat penting.. Nak bangun subuh, kena set alarm.. Nak bangun pergi kelas pun, kena set alarm.. Nak tunggu mesin basuh siap basuh kain pun kena set alarm jugak.. Nampak tak kepentingan alarm di situ? 


Wi-fi.. Kalau pergi kelas, takkan nak bawak laptop semata mata nak cek Facebook ye tak?? Jadi, bawak benda halus seketul ni je dah cukup.. Fungsi call & SMS.. Perlu ke I cerita lebih lanjut?? Lu pikir laa sendiri.. Ngee~


TIGA

Purse.. Haruslah penting.. Macam macam benda penting yang ada dalam purse kita.. Contohnya, duit, kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM.. Semua penting.. Tak ada yang tak penting.. 


EMPAT



Laptop dan internet.. I tak kisah tak ada tv.. I tak kisah tak tengok tv berbulan-bulan.. Janji I ada laptop.. Dan internet! Agaknya I ni dah jadi internet addicted kot.. haha


LIMA

Beg mekap nih antara yang penting dalam hidup I.. I tak boleh keluar bilik atau rumah tanpa tempek apa apa kat muka walaupun bedak je.. Pakai bedak baby Johnson je pun dah cukup.. Kalau I nak ke mana mana macam ke kelas ke, dating ke, memang wajib bawak beg mekap dalam beg.. 




I dah pernah cerita pasal mekap sebelum ni kan.. Yang kononnya I perasan macam Hana Tajima tuh.. Kih3~  Boleh baca SINI..


ENAM


Tilam dan bantal.. Err.. Tak pelik pun kan? I memang spesies tak boleh tidur kalau tak baring.. Jadi, I memang takkan tidur dalam kelas, dan  sebab utama ialah tak boleh baring.. Ngee~  Kalau dah baring, haruslah ada bantal.. Kalau tak, tidur tak nyenyak.. Kalau tidur tak nyenyak, boleh sebabkan masalah kesihatan.. Betul tak? :D


TUJUH

Kawan kawan I.. Bosan gle hidup kalau tak ada kawan weyh! I tahu perasaan nih sebab I selalu hidup tanpa kawan.. Maksud I, masa I Tahun 2, I tinggal kat Vista Angkasa.. Sorang sorang je.. Yang serumah dengan I, semua dah bekerja.. Jadi, I tak ngam sangat dengan diorang sebab I je yang muda dan masih belajar.. I tak ada kawan nak ajak teman keluar beli makanan atau ke kelas.. I sorang sorang je.. Serius bosan weyh.. Tapi, nak buat macam mana sebab kawan I jauh jauh.. 




Ada jugak sorang kawan I tinggal kat Vista Angkasa, tapi dia dok rumah lain.. Jadual kelas kitorang pun lain.. huhu~  2 semester lepas pulak, I tinggal di Kolej 12.. Tapi, I sorang sorang jugak kat kolej tu.. Kawan kawan I kat kolej lain.. Bosan!


LAPAN

I jenis manusia yang berkereta.. I rasa I tak boleh hidup tanpa kereta.. Lagi-lagi sejak I dah reti pandu kereta sendiri ni, I jadi malas gle nak naik kenderaan awam.. Berlagak kan? Haha~  Kat UM pun, I drive kereta sendiri.. Kereta kancil lama je.. Tapi, tak kesah laa.. Janji I tak perlu jalan kaki, tak perlu naik bas.. Berlagak lagi.. :P





I ingat lagi, setiap akhir semester I akan hantar kereta I balik rumah kakak.. Bila I masuk semester baru, agak agak seminggu lepas tu baru I pergi ambil kereta.. Jadi, I terpaksa naik bas Rapid KL untuk ke kelas.. Sebab masa tu I tinggal kat Vista Angkasa.. 




Kalau korang biasa naik bas, korang akan tahu laa keadaan dalam bas tu.. Sesak macam dalam tin sardin! Rasa tak tahan gle.. Lepas tu, I terus cakap kat kakak I nak pergi ambil kereta hujung minggu tu jugak.. Huhu~


SEMBILAN

Makanan boleh masuk list tak?? Sebab I dah tak tahu nak letak apa.. Muahaha! I spesies suka makan.. Tapi, I kurang makan.. Tu pun, sebab I tak penuhkan rak I dengan makanan.. Kalau tak, sekejap je kot I boleh habis semua tu.. Haha~


SEPULUH

Pakaian.. I tak suka pakai selekeh.. Tapi, tak laa pakai meghelip lip lap lip lap macam artis.. Asalkan I selesa dah laa..




Lagipun, siapa boleh hidup tanpa pakaian? Hello!! Sekarang dah moden kot.. Bukan zaman batu lagi.. Isk3~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...