Friday, April 8, 2011

Melabur dengan 1 dinar emas

Assalamualaikum.. Hye..



Antara pembaca blog I ni, ada tak antara kamu yang melabur? Tak kisah laa melabur dalam ASB ke, saham ke.. Kalau nak tahu ( tak nak tahu pun, nak bagitau jugak), I tak ada pun melabur dalam mana-mana.. Masa I PASUM dulu, I pernah nak melabur dalam ASB.. 


Tapi, masa tu I belum cukup umur 3 bulan kot untuk buka akaun dewasa.. kakak tu cakap, rugi kalau buka akaun 'kanak-kanak'.. ecece kanak-kanak laa sangat kan.. Jadi, masa tu I tak buka akaun ASB sampai sekarang.. Sebab sekarang I dah malas dan asyik terlupa.. Teruknya.. 


**********


Tapi, akhir-akhir ni, I selalu terdengar tentang Pelaburan Emas.. Seperti yang kita tahu, emas memang sangat bernilai berbanding wang ringgit, dan nilai emas memang sentiasa meningkat setiap tahun berdasarkan beberapa faktor.. Walaupun ekonomi negara runtuh, tapi nilai emas masih kekal sebab nilai emas ni mengikut pasaran dunia.. 






1 Dinar



Untuk mula melabur dalam emas ni, kalau anda pelajar macam I, boleh laa mula dengan cuma 1 Dinar dulu.. Dinar ni merupakan syiling emas yang diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ni telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. [Sumber]



Nilai Dinar



Oleh itu, 1 Dinar emas ni bersamaan dengan 4.25 gram emas.. Kalau mengikut harga pasaran sekarang lebih kurang RM 600 – RM 700. Menurut Public Dinar, harga semasa 1 Dinar emas ialah RM 673.. 





Cuba bandingkan pula dengan harga 2 tahun lepas.. Kita boleh tengok pertambahan nilai kat situ.. 






Sijil Ketulenan



Setiap pembelian emas ni akan disertakan Sijil Ketulenan yang tercatat nombor siri, pengeluar dan tandatangan Assayer.. Assayer ni ialah orang yang bertanggungjawab dalam menguji sesuatu mineral seperti emas.. 





Gambar ni adalah contoh sijil yang dikeluarkan oleh Public Dinar.. [Sumber]


**********

Untuk bacaan lanjut mengenai Pelaburan Emas ni, boleh rujuk di Laman Web Public Dinar..


dan, 


**********


Setelah I baca tentang Pelaburan Emas ni, I ada juga berniat nak melabur dalam emas.. Bukan laa dengan niat nak cepat kaya ke apa.. Tapi, kita tak tahu apa yang mendatang.. Mungkin pelaburan yang kita buat hari ni akan menjadi sangat berguna di kemudian hari.. kan? 


Tapi, masalah I sekarang ialah, duit poket I pun ma abah yang tanggung.. huhu Tapi, sebelum buat apa-apa keputusan, memang kena bincang dengan ma abah dulu.. 


Kalau anda rasa Pelaburan Emas nih berguna, mula laa melabur sekarang.. Apa-apa pun, pelaburan emas ni cuma satu pilihan.. banyak lagi bentuk pelaburan yang kita boleh buat.. Sebelum mula melabur dalam apa-apa pun, buat kajian terperinci dahulu.. 

4 comments:

  1. yaaa.. memang betul harga emas tak pernah jatuh...
    tp awk yakin ke dgn pelaburan dinar ni.. rasanya lg selamat klau melabur dalam asb.. tak pun buat pinjaman pelaburan asb.. kalau simpan RM50 sebulan pun dikira pelaburan... lama2 byk gak kan...
    confirm2.. dijamin selamat...

    ReplyDelete
  2. perak negeri ke 2 menggunkn dinar emas slps kelantan :)

    BW here.

    sedikit2 lama2 jadi bukit jom menabung !

    ReplyDelete
  3. ye.. mmg melabur dalam asb selamat.. tapi, kalau dibandingkan dgn pelaburan emas ni, pulangan dia lebih kecil.. nak melabur memang kena ambil risiko..

    dan kenapa razni kata pelaburan emas tak selamat? (saya bertanyakan pendapat)

    lagipun, untuk melabur tak semestinya kita perlu melabur semua duit kita dalam simpanan.. simpanan ialah simpanan.. dan pelaburan ialah pelaburan.. pelaburan ni ada macam2 jenis.. terpulang kepada kita sendiri.. sebab tu, saya kata nak melabur dalam apa-apa pun, kena buat kajian dulu..

    ni cuma pendapat saya.. maafkan saya kalau tersilap..

    ReplyDelete
  4. jom! menabung demi masa depan.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...