Saturday, April 30, 2011

10 perkara tentang Syarafina

Assalamualaikum.. Hye.. 


Berkenaan game 10 Perkara ni.. Hari ni I dah nak mula oii.. Meh meh rapat rapat.. 




*******


SATU

I jenis tak suka makanan pedas, apatah lagi minuman pedas.. Eh ada ke?? Ok tak ada.. =P I geram betul dengan tukang masak kat cafe kolej I nih.. Sebab I tak suka makan pedas kan, jadi setiap kali I pesan masakan panas, mesti I akan tulis kat bawah tu "TAK NAK PEDAS".. Tapi, sampai ke sudah tak ikut macam yang I pesan.. Dia letak jugak cili.. grr! Cuma kadang kadang ada laa yang tak pedas.. Memang tak letak cili.. 




DUA

I ada 3 kakak, tak ada abang, tak ada adik.. Kiranya I ni anak bongsu laa daripada 4 beradik perempuan.. hehe Tapi, kalau ada anak nanti, I nak anak lelaki jugak.. =D


TIGA


Kalau orang tak kenal I, mesti dia kata I pendiam.. Tapi... Cuba kenal I dulu.. Mesti korang tarik balik kata-kata korang.. =p


EMPAT

I teringin nak melawat negara orang.. Tapi, negara sendiri pun tak habis lagi tinggal jejak.. Sebab I tak pernah ke Melaka, Sabah dan Sarawak.. huhu 


LIMA



I tak suka bising.. Serius tak tipu.. I tak suka lagu yang membingitkan.. I tak suka keadaan bising.. Dan I tak suka kacau orang dengan buat bising.. Kalau I nak dengar lagu pun, I akan dengar guna earphone, pasang dengan volume sedang sedang je.. Kecuali bising yang tak dapat nak dielakkan laa.. Apo nak dikato.. 



ENAM

I minat sangat Selena Gomez.. Dia comel weyh!! Kalau I kaya kan, sah sah I pergi konsert Justin Bibir aitu semata-mata nak tengok Selena Gomez.. Over kan? Hehe 




Lagu terbaru beliau yang I suka.. Yea!


TUJUH

I suka jadi tinggi.. Walaupun sekarang tinggi I 163 cm, tapi I tetap harap I akan jadi lebih tinggi.. Jadi, untuk tak menghampakan diri sendiri, I selalu pakai sandal tumit tinggi.. Biasanya sandal I mesti 3 inci dan ke atas.. Kiranya perasan tinggi laa tuu.. =p


LAPAN

I jenis susah buat pilihan.. I mesti akan tanya pendapat orang lain.. Kalau nak beli baju, mesti belek banyak kali, termenung lama-lama, sampai agak-agak promoter pun naik jenuh tunggu I memilih.. haha!


SEMBILAN

I suka coklat Cadbury Black Forest.. Kalau I nak beli chocholate bar, memang I akan pilih Black Forest.. Best woo~






SEPULUH

I tak pasti I dah bersedia untuk masuk dunia pekerjaan.. I lagi suka terus belajar, walaupun I tak rajin sangat.. Haha Teruk kan perangai.. Hish..


*******


Nota kaki: Sebenarnya dah banyak rahsia yang I bongkarkan tentang I.. [Klik sini]




2 comments:

  1. sherah suka peda lah hehe nak order pedas lah! :P hehe

    pergh 163cm boleh tahan u ni kan hehe

    ReplyDelete
  2. hehe sy boleh tahan pedas untuk sesetengah makanan je.. contohnya, nasi lemak ayam berempah.. sebab sedap walaupun pedas.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...