Thursday, March 17, 2011

Telefon bimbit menyebabkan mati pucuk??

PULAU PINANG 15 Mac - Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka. 



CAP mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko kerosakan sperma serta mati pucuk. 


Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, keputusan itu berdasarkan hasil kajian pihaknya tahun lalu yang menunjukkan kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari. 


Jelas beliau, hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya. 


"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit yang meluas. 


"Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini. 






S.M. Mohamed berkata, lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan 'keypad' mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh. 






Katanya, wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya. 


Beliau mendakwa pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna.......





***********

assalamualaikum.. hye.. 


pagi tadi masa I nak pergi kelas, I dengar Era fm.. Topik pagi ni tentang "Telefon bimbit merosakkan sperma".. auchh!! menarik jugak.. kemudian, I terbaca Utusan Malaysia tadi.. rupa-rupanya ada dalam akhbar.. 


dulu I dah pernah terbaca tentang isu ni.. tapi, tak ambil kisah sangat.. sebenarnya kesan penggunaan telefon bimbit ni bukan terhadap lelaki je.. tapi, terhadap perempuan jugak.. macam yang ditulis dalam artikel kat atas tu.. menakotkan.. 


lagi satu, I pernah terbaca tentang kesan telefon bimbit pada otak.. bukan disebabkan selalu telefon pakwe makwe je, tapi juga sebab letak henfon tu dekat dengan kepala waktu tengah tidur! menakutkan.. tapi, I selalu buat macam tu.. hehe ye laa.. sebab kalau letak henfon ni jauh-jauh takut tak dengar alarm pulak pagi-pagi.. jadi, I letak  laa kat sebelah bantal.. 






terjumpa keratan akhbar ni masa google image.. 



tapi, sebenarnya ada cara untuk alternatif selain letakkan henfon tu jauh jauh.. matikan henfon kalau nak letak dekat badan.. biasanya kan, alarm tetap berbunyi walaupun kita matikan henfon.. lagipun, siapa laa nak call malam-malam buta macam tu.. kecuali kelawar laa.. sebab kelawar tak tidur malam.. keh3~


8 comments:

  1. hooo.. i owez letak hp dkt kepala time tido . ):

    ReplyDelete
  2. Aku selalu letak handphone dalam pocket seluar :O

    ReplyDelete
  3. pasni kat mne la nk letak makhluk tu..hadehh..

    ReplyDelete
  4. farah, ko rse2 nk letak mne lak pasni...nk tiru..huhu

    ReplyDelete
  5. ermm.. letak kat kaki.. hehe buat seluar ada poket kat kaki..
    entah laa weyh.. atas sampai bawah bahaya.. pendek kata, xyah guna tepon ar.. hoho~

    ReplyDelete
  6. hoho~ pasni letak dalam poket kt baju plak..

    ReplyDelete
  7. i pun! skang pun kdg2 terlupa nak hp sblum tdo.. huhu~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...