Tuesday, March 15, 2011

kaya hutang! berbaloi kah?

assalamualaikum.. hye lovey dovey sekalian.. I ada satu persoalan.. masih kayakah kita jika hanya kaya dengan hutang?! maksud I, kaya harta dunia, tapi hutang diabaikan.. masih kayakah kita?


************


hamba Allah ni dulunya orang susah.. nak kata miskin sangat tu tak laa.. tapi, hidup susah, bergantung pada orang lain.. kemudian, dia mula berniaga.. boleh dikatakan maju lah kot perniagaan dia.. tapi, dalam perjalanan menuju kejayaan dan kekayaan tu, hamba Allah ni banyak berhutang.. kelentong sana, kelentong sini.. tapi, bila dah berjaya, semua tu dia lupakan.. 




katanya harta bertimbun-timbun.. kejap dinner hotel sana.. kejap lunch kat restoran mahal sini.. sekejap ke Bandung.. sekejap ke Jakarta.. Indonesia je pun.. beli barang pulak tak mahu yang murah.. nanti dikatakan miskin.. nanti tidak nampak kaya.. nanti tidak dipandang tinggi.. tapi, HUTANG piutang lama dilupakan!


kenapa I highlight perkataan HUTANG? sebab hutang itu menakutkan.. walaupun 10 sen berhutang, tapi jika pemberi hutang tidak halalkan.... hilang arah roh kita lepas meninggal.. nak turun, tak boleh.. nak naik, tak boleh.. terawang-awang.. sehingga pemberi hutang halalkan.. 






Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.. [sumber]



I bukan nak caci siapa.. I bukan nak cela siapa.. I bukan nak mengaibkan sesiapa.. I bukan ustazah yang tahu segala.. I bukan si tudung litup.. tapi, menegur itu hak semua.. 


pesanan dari penaja, bayar lah hutang tu.. tak luak pun harta.. kata kaya?! lagipun, hutang kan wajib dibayar walaupun tak dituntut..




nota kaki: kalau ada tulisan I kat atas tu yang salah, sila beritahu.. 




nota kaki 2: kalau I ada hutang dengan sesiapa, tolong bagitahu.. mungkin I terlupa.. kalau hutang kasih ke, hutang jiwa raga bakul semua tu tak payah laa.. tak mampu I nak bayar.. 

4 comments:

  1. awk ad utang kasih syng ngn sy......
    hehehehe

    bla nk byr??hahahaahaha
    ;P

    ReplyDelete
  2. heh! adik.. kan i da bagi kasih sayang sebagai kakak.. orait laa tu.. ahakz!

    ReplyDelete
  3. Hadis riwayat Hudzaifah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Para malaikat menerima ruh seorang lelaki dari umat sebelum kamu. Mereka bertanya: Apakah kamu pernah melakukan suatu kebaikan? Ia menjawab: Tidak. Mereka bertanya lagi: Cobalah kamu mengingat! Lelaki itu menjawab: Saya dahulu pernah mengutangkan orang-orang, lalu aku menyuruh pembantu-pembantuku untuk menangguhkan tagihan utang kepada orang yang sedang dalam kesulitan (miskin) serta memaafkan orang yang kaya. Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Lalu Allah سبحانه و تعالى berfirman: Maafkanlah orang itu!
    SamPaiKaN WaLaU SaTu aYaT

    ReplyDelete
  4. Terima kasih md_saf.. 

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...